[LIGA MALAYSIA] KELANTAN INTAI KELIBAT EDUARDO DA SILVA

Saingan Liga Malaysia 2012/13 semakin rancak dengan kehadiran pemain-pemain berstatus bintang. Terdahulu, Kelantan dikhabarkan berminat mendapatkan penyerang kebangsaan Croatia, Eduardo Alves da Silva (29) bagi mengukuhkan skuad musim hadapan sekaligus cuba mempertahankan kejuaraan trebel yang dimenangi musim ini. Khabar angin mengatakan bahawa pengendali Kelantan, Bojan Hodak sudah memulakan perbincangan mengenai kontrak bekas Pemain Terbaik Croatia 2006 itu.

Bekas penyerang Arsenal yang kini beraksi bersama Shakhtar Donetsk itu kini berada di fasa akhir kontrak yang bakal tamat pada Januari 2013 dan belum ditawar kontrak baru oleh juara Liga Perdana Ukraine 2011/12 itu. Bojan Hodak menjadikan penyerang berusia 29 tahun itu sebagai sasaran utama ekoran masa depan dua penyerangnya, Mohamed Ghaddar dan Nor Shahrul Idlan Talaha yang masih belum dimuktamadkan lagi.

Menurut sumber lagi, Hodak dikhabarkan memiliki hubungan yang baik dengan agen Eduardo, Zdrakov Mamic’ yang merupakan rakan sejawatnya ketika bersama membimbing pasukan Dinamo Dharstikc B-15 dijangka akan memudahkan lagi urusan untuk membawa Eduardo beraksi bersama The Red Warrior musim hadapan.

Eduardo da Silva atau lebih mesra dipanggil ‘Dudu’ merupakan penyerang skuad kebangsaan Croatia kelahiran Brazil memulakan karier awal bersama kelab Brazil, Banggu sebelum menyertai skuad remaja Dinamo Zagreb pada September 1999.

Dudu memulakan debutnya bersama skuad utama Dinamo Zagreb pada 2001 namun sering dibelenggu masalah kecederaan serius. Dia kemudiannya dipinjamkan ke kelab Divisyen 2 Croatia, Inter Zaprešić pada musim 2002/03.

Sekembalinya dari tempoh pinjaman, Dudu mula mendapat tempat dalam skuad utama Dinamo Zagreb dan cemerlang membantu kelab yang berpangkalan di ibu kota Croatia ini menjulang pelbagai kejuaraan antaranya 2 kejuaraan Liga Divisyen 1 Croatia (2005/06, 2006/07), 2 Piala Croatia (2003/04, 2006/07) dan Piala Super Croatia (2003,2006).

Kejayaan dinobatkan selaku Pemain Terbaik Croatia 2006 dan Penjaring Terbanyak Liga Divisyen 1 Croatia pada 2007 menarik minat Arsène Wenger membawanya ke Arsenal pada 3 Julai 2007 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £7.5 juta. Dudu memulakan debut pertamanya bersama Arsenal ketika seri 1-1 dengan Blackburn Rovers pada 19 Ogos 2007 dan meledak gol pertama sepuluh hari kemudiannya ketika menentang Sparta Prague dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, Dudu sekali lagi dihimpit kecederaan yang serius apabila patah tulang fibula selepas diterjah oleh pertahanan Birmingham City, Martin Taylor pada 23 Februari 2008 sekaligus merencatkan kariernya bersama The Gunners. Setahun kemudian, Dudu kembali beraksi bersama Arsenal pada 16 Februari 2009 menentang Cardiff City dalam saingan Piala FA tetapi sentuhannya semakin pudar.

Selepas 3 musim bersama Arsenal, Dudu yang menjaringkan 8 gol dalam 41 penampilan akhirnya menyertai Shakhtar Donetsk dengan bayaran perpindahan bernilai £6 juta.

Bersama Donestsk, pemain berusia 29 tahun ini menjulang 2 kejuaraan Liga Perdana Ukraine (2010/11, 2011/12), 2 Piala Ukraine (2010/11, 2011/12) dan satu Piala Super Ukraine (2012). Sehingga kini, Dudu telah meledak 19 gol dalam 64 perlawanan setakat ini untuk Shaktar Donetsk.

Di pentas antarabangsa, Dudu memulakan karier awal bersama skuad Croatia B-21 pada 2004-05 dengan menjaringkan 8 gol daripada 12 penampilan. Dia mendapat debut bersama skuad utama Croatia pada 16 November 2004 ketika berusia 21 tahun apabila hadir sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Republik Ireland .

Eduardo da Silva menjaringkan gol pertamanya bersama skuad kebangsaan Croatia ketika membantu kemenangan 4-0 ke atas Hong Kong dalam perlawanan persahabatan pada 1 Februari 2006. Sehingga kini, Eduardo sudah menjaringkan 26 gol dalam 52 aksi bersama skuad kebangsaan Croatia.

Incoming search terms:

  • eduardo da silva kelantan
  • eduardo da silva ke kelantan
  • Eduardo kelantan
  • pemain kelantan 2013
  • eduardo ke kelantan
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply