[LIGA MALAYSIA] GEORGE BOATENG SAH MILIK T-TEAM

Perpindahan pemain Liga Malaysia terus rancak dengan kehadiran beberapa nama besar yang bakal menghiasi saingan musim 2012/13 nanti. Terbaru, pasukan T-Team berjaya mendapatkan bekas pemain tengah Belanda, George Boateng dengan kontrak selama setahun. T-Team turut mengumumkan menandatangani jurulatih berbangsa Inggeris, Peter James Butler dan jurulatih kecergasan, Sebastian Knapic dengan kontrak setahun dalam majlis yang berlangsung kelmarin.

Meskipun pemain berusia 37 tahun itu kini berada di penghujung karier namun dia menegaskan akan memberikan persembahan terbaik dan mahu menempa nama bersama T-Team musim hadapan. Boeteng pernah beraksi bersama-sama Middlesbrough, Aston Villa, Hull City dan Nottingham Forest memiliki pengalaman yang luas terutama dalam bola sepak Inggeris.

“Saya adalah Boateng pertama yang bermain untuk Belanda. Saya juga pernah memegang rekod sebagai pemain asing yang paling banyak beraksi dalam perlawanan EPL (388 perlawanan),” kata pemain tengah yang memiliki 4 caps bersama The Oranje.

‚ÄúNama baik lebih bermakna bagi saya daripada wang dan bercuti. Saya ingin mengenang kerjaya saya di Malaysia dengan orang berkata saya pemain yang baik.”

George Boateng merupakan pemain kelahiran Nkawkaw, Ghana dan pernah beraksi hampir 70 perlawanan bersama kelab gergasi Belanda, Feyenoord mengakui tertarik untuk bermain dengan T-Team kerana kelab ini menggunakan khidmat jurulatih dari England, Peter James Butler.

“Kehadiran jurulatih Butler di sini penting kerana beliau tahu cara saya bermain. Dia juga tahu bagaimana bola sepak sepatutnya dimain.”

“Saya berhenti bermain kerana wang sejak berusia 26 tahun. Saya bermain untuk mencipta sejarah dan kerana cintakan bola sepak.”

“Mungkin rentak di sini lebih perlahan, tapi ia tetap mencabar. Mungkin saya ada kelebihan, tapi saya tidak boleh berasa terlalu selesa,” kata Boateng lagi.

Sementara itu, Peter Butler juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban. Penyerang berusia 34 tahun itu pernah beraksi bersama Boateng semasa di Aston Villa pada 2001-2002. Terdahulu, T-Team mahu mendapatkan bekas penyerag Fulham, Luis Boa Morte namun pemain itu hanya akan dilepaskan oleh kelabnya, Chesterfield pada penghujung bulan Januari nanti.

“Tarikh tutup untuk mendaftarkan pemain import di sini adalah 12 Disember, jadi mustahil untuk kami mendapatkan Boa Morte,” kata Butler kepada New Straits Times.

“Kini kami harus mencari pengganti yang sesuai dan Balaban salah seorang pemain yang kami minati buat masa ini.”

“Ada orang berpendapat ia satu idea yang baik untuk membawa Balaban ke sini kerana dia kenal George dan kami sedang meneliti beberapa perkara.”

“Terdapat perkembangan dalam perkara ini dan mungkin dalam seminggu lagi kami akan tahu siapa yang akan datang atau pergi,” kata Peter Butler lagi.

Bosko Balaban merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan Croatia dengan menjaringkan 10 gol daripada 35 cpas antarabangsanya. Pemain berusia 34 tahun itu memiliki pengalaman yang luas di Eropah termasuk pernah beraksi bersama Aston Villa, Dinamo Zagreb, Panionios dan Club Brugge.

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply