[LIGA MALAYSIA] DANIEL GUIZA SAH BERSAMA JOHOR FA

Bintang Getafe, Daniel González Güiza, 32, sah menyertai Johor FA musim hadapan dengan menandatangni perjanjian pinjaman dari kelab La Liga, Getafe sekaligus bakal merancakkan lagi saingan Liga Malaysia 2012/13. Bekas penyerang skuad kebangsaan Sepanyol yang pernah menjulang Kejohanan EURO 2008 itu tiba di Johor bersama peguam dan ejennya Ahad lalu bagi memuktamadkan penjanjian dan kontrak.

Daniel Güiza yang merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika bersama Real Mallorca dengan menjaringkan 27 gol dalam 37 perlawanan bakal menjadi fenomena baru bersama skuad Harimau Selatan. Penyerang berusia 32 tahun pernah beraksi bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahçe dengan meledakan 23 daripada 62 perlawanan sepanjang 3 musim sebelum kembali ke La Liga.

Penyerang kelahiran Jerez de la Frontera itu menandatangni kontrak dalam majlis tertutup di Hotel Thistle, Johor Bahru sebelum diperkenalkan kepada media-media yang turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pengurus pasukan, Fandi Ahmad. Namun nilai sebenar kontrak dan gaji yang bakal diterima oleh Guiza tahun itu tidak didedahkan.

Daniel Güiza mengakui tidak banyak mengetahui mengenai bola sepak Malaysia namun berasa teruja untuk memulakan karier bola sepaknya di Malaysia yang bakal menjadi satu pengalaman baru buat dirinya.

“Secara jujurnya, saya tidak tahu banyak mengenai bola sepak Malaysia tetapi sebelum datang ke sini, saya menonton beberapa video di internet mengenai perlawanan tempatan, dan pada pemerhatian saya, bola sepak amat dekat di hati rakyat Malaysia,” kata Güiza kepada sidang media baru-baru ini.

“Saya berasa sungguh gembira dapat datang ke sini kerana ini akan menjadi pengalaman baru kepada saya. Saya tidak mempunyai masalah dengan cuaca dan saya tidak sabar untuk beraksi.”

Bekas penyerang Sepanyol ini mengakui dirinya terharu dengan usaha yang dilakukan terutama oleh Tunku Mahkota Johor untuk membawanya beraksi bersama Johor FA musim 2012/13. Dia turut melaungkan amaran untuk menjadi penjaring terbanyak Liga Super dan mahu membantu Johor membolot kejuaraan musim hadapan.

“Ia memerlukan usaha yang banyak untuk saya datang ke sini dan saya harap ini satu petanda baik,” kata Güiza di sidang media petang Ahad lalu.

“Ini satu keputusan yang besar dan walaupun saya masih menimbang pilihan saya, saya ingin semua pihak tahu ke mana saja saya pergi, saya akan bekerja keras untuk menang semuanya,”

“Saya telah berselisih pendapat dengan pengurus di Getafe dan saya fikir sudah tiba masa saya beralih angin.”

“Matlamat utama saya selain mahu muncul sebagai penjaring terbanyak, saya juga bertekad untuk menghasilkan jaringan dalam setiap perlawanan.”

“Ingin saya tegaskan bahawa saya sudah bebas daripada sebarang kecederaan dan sudah bersedia untuk beraksi di depan penyokong setia Johor yang mahu melihat pasukan ini meraih kejuaraan Saya mahu membantu Johor menjadi bukan sahaja pasukan terhebat di Malaysia, tetapi juga di Asia,” katanya lagi.

Terdahulu, Johor FA yang kini digelar sebagai Real Madrid Malaysia berjaya mendapat beberapa pemain-pemain terbaik, antaranya kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad, Azmi Muslim dan Nurul Azuan Roya bagi membina skuad yang mantap musim hadapan. Bintang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha turut dikaitkan dengan perpindahan ke Johor.

Incoming search terms:

  • gaji daniel guiza di johor
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply