[KOMENTAR] SUKAR ULANGI PENCAPAIAN PIALA SUZUKI AFF 2010

Harimau Malaya pasti dianggap begitu luar biasa sekiranya mampu mengulangi kebangkitan menakjubkan daripada kekalahan perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 seperti mana ketika dibelasah 1-5 oleh Indonesia di Jakarta dua tahun lalu. Namun, pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal tetap optimis untuk bangkit daripada kekalahan di tangan Singapura sekaligus mempertahankan Piala Suzuki AFF yang dimenangi 2 tahu lalu.

Bekas pemain negara yang kini bertugas selaku pengulas TV Astro Arena, Azlan Johar mengakui terlalu sukar untuk mengulangi pencapai 2 tahun lalu biarpun tidak mustahil jika prestasi ketika menentang Singapura dijadikan penanda aras. Malaysia longlai dikecewakan oleh The Lions menerusi 2 jaringan Shahril Ishak dan satu gol daripada penyerang veteran, Aleksandar Duric.

“Tak akan kita rela atau kita boleh pasti apabila setiap kali apa-apa kejohanan, kita berkata, tidak mengapalah pasukan kita tewas dulu kerana akhirnya akan muncul juara?” ulas Azlan Johar dengan nada sinis selepas kekalahan kepada Singapura Ahad lalu.

“Sepatutnya sejarah bukan untuk terus diceritakan tetapi diperbaiki dan tidak semestinya sebagai juara bertahan, kita tiada kelemahan langsung selepas dua tahun.”

“Hakikat ini sudah terbukti (kelmarin). Pasukan kita seperti tidak belajar. Dua tahun lamanya (selepas juara 2010), apa yang mereka buat?”

“Kerap kali Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) menangguhkan liga tahun ini demi kepentingan pasukan kebangsaan (kem latihan dan perlawanan persahabatan), tetapi inikah hasilnya.”

Persembahan anak buah K. Rajagobal memang mendukacitakan, malah Azlan Johar tertanya-tanya kenapa setelah ditinggalkan dua gol jaringan Shahril Ishak dalam tempoh enam minit, barulah mereka cuba bermain agresif dan laju tetapi sehingga melupakan barisan pertahanan yang kemudiannya dihukum dengan gol Aleksandar Duric pada minit ke-74.

“Selepas ketinggalan 2-0, baru mereka hendak bermain agresif dan laju? Sampai terlupa pula Duric yang tidak dikawal sesiapa, memerangkap kita dengan gol ketiga,” kata Azlan Johar lagi.

“Menentang Laos, saya harap pasukan kita tidak memandang mudah lawan. Saya melihat aksi mereka memang bagus dengan Indonesia (kelmarin). Ada seorang dua pemain tengah Laos yang hantaran pendek atau caranya membuka permainan, lebih baik daripada kita. Pasukan kita kena berhati-hati.”

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply