[KOMENTAR] JAMES BOND 007 PENYOKONG SETIA LIVERPOOL

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson hampa selepas James Bond 007 menolak pelawaannya menyaksikan perlawanan Manchester United kerana dia adalah penyokong setia Liverpool. Dalam penerbangan ke Amerika Syarikat, Alex Ferguson telah berjumpa dengan ibu pelakon sensasi James Bond, Carol Olivia dan memberikan 2 tiket serta mengalu-alukan kehadiran Daniel Craig ke Old Trafford.

Namun, ibu Craig memberitahu Alex Ferguson bahawa anak tidak mungkin akan menonton perlawanan Manchester United kerana Craig merupakan peminat setia Liverpool yang merupakan musuh tradisi Red Devils. Daniel Craig dilahirkan Chester, Chershire namun membesar di Merseyside merupakan penyokong setia Liverpool sejak kecil lagi dan menjadikan kapten Liverpool sebagai idolanya.

Kunjungan Daniel Craig ke Anfield pada 25 Jun 2012 – Dailymail

“Saya mengenali Daniel Craig. Antara perkara yang satu mengenainya ialah dia seorang penyokong setia Liverpool,” kata Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United.

“Ibunya berada dalam penerbangan yang sama dengan saya ketika saya ke New York pada Spetember lalu. Saya mempelawa dua tiket untuk Daniel (Craig) menonton perlawanan di Old Trafford bila-bila masa.”

Tetapi ibunnya memandang saya dengan berkata : “Saya tidak fikir Daniel akan ke sana untuk melihat United.”

Daniel Craig, 44, adalah antara celebriti-celebriti terkenal yang merupakan penyokong setia Liverpool. Craig mula menjadi ejen 007 pada 2005 dengan membintang filem James Bond pertamanya, Casino Royale yang telah ditayangkan pada 14 November 2006. Kini, Craig tampil dengan filem James Bond ketiganya berjudul Skyfall yang mula ditayangkan pada 23 Oktober lalu.

Sir Alex Ferguson turut memuji lakonan mantap Daniel Craig selaku James Bond : “Dia merupakan antara Bond terbaik. – The Sun UK

Incoming search terms:

  • daniel craig peminat liverpool
This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply