[KOMENTAR] HARRY REDKNAPP, GARETH BALE ADALAH SEORANG GOONERS

Bekas pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp mengakui dirinya merupakan seorang penyokong Arsenal semasa kecil lagi. Anak kelahiran Poplar, London ini menjadi pengurus Spurs dari 2008 hingga 2012 dan digantikan dengan Andre Villas-Boas selepas dipecat pada 13 Jun 2012. Kini, Harry Redknapp setia menjadi sebahagian daripada penyokong Spurs.

“Saya merupakan penyokong Arsenal. Ayah saya seorang penyokong fanatik Arsenal dan sering membawa saya menonton perlawanan Arsenal, jadi Arsenal merupakan pasukan yang saya minati sejak kecil lagi,” nukil Redknapp di dalam buku terbaru Tottenham, ‘Down Memory Lane.’

Tetapi ketika berusia 11 tahun, saya bermain dengan East London Schools dan pencari bakat Spurs, Dickie Walker membawa saya bermain di Old Den menentang Wandsworth Boys. Dia berjumpa bapa saya dan berkata, “Anak anda harus menerimanya.”

“Saya menamatkan tempoh latihan selama 4 hari bersama Spurs pada hari Selasa.Tony Marchi membawa saya dan Bill Nicholson untuk kami bertemu buat pertama kalinya.”

“Semasa cuti sekolah, saya sering berlatih di Cheshunt di mana saya mula mengikat kontrak sama seperti Dave Mackay dan Danny Blanchflower.”

“Saya kemudiannya menyertai West Ham dan semua orang berfikir bahawa itu merupakan kelab saya di mana saya beraksi di sana bersama Bobby Moore pada usia 15 tahun. Kini Spurs merupakan 1000% adalah kelab saya,” tegas Harry Redknapp lagi.

Sementara itu, pemain sayap Arsenal Theo Walcott mengakui bekas rakan sepasukannya ketika beraksi di Southampton, Gareth Bale adalah seorang penyokong setia Arsenal dan sepatutnya beraksi di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa Wales itu menyertai musuh setempat Arsenal, Tottenham Hotspurs pada 25 Mei 2007 dengan yuran perpindahan bernilai £7 juta.

“Kami merupakan rakan sebilik (ketika di Southampton). Kami beraksi bersama-sama dan membina karier (selaku pemain bola sepak),” kata Theo Walcott.

“Saya beraksi bersama Southampton sejak berusia 11 tahun. Dan dia (Bale) merupakan seorang penyokong Arsenal, di mana sangat mengecewakan dia tidak menyertai kami.”

“Kami masih berhubungan. Saya menonton kedua-dua perlawanan menentang Inter Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Saya menghubungi dia secara terus kerana mahu menjadi orang pertama yang menghubunginya.”

“Perlawanan menentang Spurs merupakan ujian besar buat kami dan Bale merupakan ancaman utama kepada kami. Dia memiliki gaya permainan yang berbeza. Dia mampu melarikan bola dengan pantas. Sangat sukar untuk menyekatnya,” kata pemain sayap England berusia 23 tahun itu lagi.

Pengurus Arsenal, Arsene wenger mengakui dirinya terpaksa membuat keputusan sukar untuk tidak menandatangani Gareth Bale pada 2006 kerana sudah memiliki ramai pemain bek kiri yang mantap ketika itu termasuk Ashley Cole dan Gael Clichy.

 “Ya, kami hampir menandatanganinya. Tetapi kami memiliki pemain bek kiri, (Ashley) Cole dan (Gael) Clichy. Kami lebih fokus kepada Walcott dan Walcott memerlukan perbelanjaan yang besar,” kata Arsene Wenger.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply