[KOMENTAR] ARSENAL SANGAT MEMERLUKAN ABOU DIABY

Kehadiran pemain tengah Perancis, Abou Diaby pada awal musim ini berjaya membantu Arsenal mencatatkan keputusan yang memberansangkan. Namun, kecederaan pangkal paha yang dialami oleh pemain tengah Perancis itu semasa perlawanan menentang Chelsea, 29 September lalu menyaksikan Arsenal mencatatkan kekalahan pertama musim ini di mana Diaby terpaksa diketepikan hampir sebulan.

Kehilangan pemain tengah berusia 26 tahun itu jelas dirasai apabila Arsenal terus dihimpit prestasi tidak konsisten dengan mencatatkan 3 kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris serta satu kekalahan kepada Schalke 04 di Stadium Emirates dua minggu lalu. Namun, pemain tengah itu dilaporkan cergas sepenuhnya dan sedia diturunkan menentang Schalke 04 awal pagi Rabu nanti (waktu Malaysia).

Peranan yang dimainkan oleh Diaby dalam membantu jentera tengah Arsenal dilihat sangat berkesan dan gagal disaingi oleh pemain-pemain lawan. Dengan gaya permainan yang bersahaja dan aksi fizikal yang keras, corak permainan Diaby sering disamakan dengan bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira.

Abou-Diaby-performance-2012-13Pengurus Arsenal turut merasai kehilangan pemain tengah itu dengan mengakui kualiti yang dimiliki oleh Diaby tidak dimiliki oleh mana-mana pemain Arsenal yang lain.

“Kami kehilangan pemain yang bagus kerana dia (Diaby) memiliki kualiti yang tidak dimiliki oleh pemain-pemain lain,” kata Arsène Wenger.

“Kami perlu mengimbangi struktur badan dengan kekuatan pasukan kami di mana dia memiliki keupayaan yang berbeza.”

Meskipun sering dikritik kerana prestasi yang tidak konsisten sebelum ini namun Abou Diaby berjaya bangkit menjawap kritikan terhadap dirinya dengan mempamerkan prestasi yang jelas berbeza musim ini. Masalah utama yang sering dihadapi oleh pemain berusia 26 tahun ini ialah sering dibelenggu kecederaan menyaksikan Arsenal gagal mendapat impak yang maksimum daripadanya.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply