[KECEDERAAN] THEO WALCOTT, ABOU DIABY TERUS DIKETEPIKAN

Menjelang perlawanan menentang Aston Villa malam esok, Arsenal terus kehilangan beberapa khidmat beberapa pemain utama termasuk Theo Walcott yang mengalami kecederaan bahu ketika menentang Spurs hujung minggu lalu. Alex Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan ketika menentang Montpellier awal pagi Khamis lalu dilaporkan tidak serius dan sedia beraksi dalam pertembungan di Villa Park.

Sementara itu, Kieran Gibbs dan Gervinho sudah pulih sepenuhnya dan dijangkan sedia untuk diturunkan menentang Aston Villa malam esok. Namun, pemain tengah Abou Diaby yang mengalami kecederaan pangkal paha terus berehat untuk tempoh 3-4 minggu sebelum kembali menyertai skuad utama The Gunners. Bek kiri Brazil, Andre Santos pula akan diketepikan untuk tempoh 10 hari keranca mengalami kesakitan di bahagian abdomen.

Tomas Rosicky pula kembali menjalani penuh Isnin ini sejak mengalami kecederaan ketika menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Republik Czech dalam Kejohanan EURO 2012 pada Jun lalu. Pemain berusia 32 tahun ini merupakan antara pemain yang mempengaruhi persembahan Arsenal sejak kembali dari kecederaan pada Januari lalu sekaligus membantu kebangkitan Arsenal menduduki kedudukan ke-3 Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Incoming search terms:

  • kecederaan acl
This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply