[KECEDERAAN] GERVINHO PERLU BEREHAT 3 MINGGU

Penyerang Arsenal, Gervinho terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya 3 minggu selepas mengalami kecederaan buku lali selepas beraksi 11 minit ketika Arsenal menewaskan QPR 1-0 hujung minggu lalu. Gervinho masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-71 mengantikan Lukas Podolski namun terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Penyerang Ivory Coast ini bakal terlepas beberapa perlawanan penting termasuk menentang Man United malam ini dan aksi menentang Schalke 04 Selasa depan serta pertembungan North London Derby menentang Tottenham di Emirates minggu depan. Musim ini, Gervinho telah menjaringkan 5 gol dan 2 assist dalam semua kejoahan setakat ini.

Gervinho memulakan musim ini selaku pemain sayap sebelum diletakan selaku center foward dalam beberapa perlawanan. Kecederaan gervinho bakal membuka lebih peluang buat Olivier Giroud dan Aaron Ramsey beraksi lebih kerap dalam skuad utama Arsenal. Sementara itu, seorang lagi pemain Arsenal Oxlade-Chamberlain turut diketepikan dalam perlawanan menentang United malam ini.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply