[HOKI] SENTUHAN REVINGTON MENJADI, MALAYSIA TEWASKAN KANADA

Sentuhan Paul Revington terus menyinar apabila skuad hoki negara berjaya mencatatkan kemenangan ketiga berturut pada Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina semalam. Malaysia mengekalkan prestasi yang konsisten  dengan menewaskan Kanada 4-2 sekaligus mengungguli tahta teratas kumpulan A dengan meraih 9 mata selepas 3 perlawanan berdepan pemenang antara Afrika Selatan atau Ireland pada suku akhir esok.

Muhammad Razie Abdul Rahim terus memamerkan kecemerlangan apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan penalti stroke sebelum Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil mnghadiahkan gol kedua empat minit kemudian.

Kanada bagaimanapun berjaya merapatkan jurang pada minit ke-17 oleh Keegan Pereira tetapi Malaysia bingkas kembali melebarkan kedudukan pada minit ke-24 melalui pemain muda, Faizal Saari.

Kedudukan Malaysia cemas seketika apabila Matt Guest memberikan gol kedua Kanada pada minit ke-39, namun semangat juang pasukan negara langsung tidak luntur apabila Mohd. Fitri Saari yang juga merupakan adik kepada Faizal menjaringkan gol keempat bagi memastikan kemenangan mutlak menjadi milik Malaysia.

Dua perlawanan sebelum ini memperlihatkan Malaysia konsisten menjaringkan empat gol dengan kemenangan 4-0 ke atas Poland dan 4-2 semasa menentang Korea Selatan. Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan A memperlihatkan satu keputusan mengejutkan apabila Poland menang 5-4 ketika berdepan jaguh Asia, Korea Selatan sekali gus merampas tiket naib juara kumpulan. Korea mengakhiri cabaran di tangga ketiga dan Kanada di tangga tercorot.

Incoming search terms:

  • biodata razie rahim
This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply