[HOKI] MISI PULIH IMEJ SKUAD HOKI MALAYSIA

Malaysia bakal turun menentang Poland dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina yang bakal bermula hari ini dengan misi memulihkan kembali imej skuad hoki negara yang tercalar ekoran beberapa kegagalan termasuk gagal melayakan diri ke Sukan Olimpik sejak kali terakhir pada tahun 2000 dan Kejohanan Hoki Piala Dunia pada 2006 dan 2010.

Kehadiran jurulatih kelahiran Afrika Selatan, Paul Revington dilihat memberi sinar baru buka skuad hoki negara selepas kegagalan demi kegagalan di pentas antarabangsa. Kejohanan di Argentina ini cukup penting buat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). Penolong jurulatih skuad negara, Arul Slvaraj turut mengatakan skuad Malaysia sudah bersedia sepenuhnya menghadapi kejohanan di Argentina  ini.

“Semua pemain berada pada tahap terbaik dan masing-masing kini menenangkan fikiran sebelum turun dalam perlawanan pertama. Mereka juga bebas dari sebarang kecederaan,” kata Arul Selvaraj.

“Hampir semua pasukan di Eropah mempunyai corak permainan taktikal yang bagus, begitu juga dengan Poland. Mereka juga memiliki asas permainan yang baik.”

Skuad negara kini menerima suntikan moral selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Ireland pada perlawanan persahabatan pertama manakala perlawanan menentang Kanada terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca yang buruk.

Selain Malaysia dan Poland, enam lagi pasukan akan bersaing dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara termasuk tuan rumah Argentina, Korea Selatan, Republik Ireland, Jepun dan Afrika Selatan. Hanya juara sahaja yang akan layak secara automatik menyertai Trofi Juara-Juara tahun depan.

SENARAI PEMAIN SKUAD HOKI KEJOHANAN CABARAN JUARA-JUARA 2012

Penjaga Gol : S. Kumar, Roslan Jamaluddin.
Pertahanan : Baljit Singh, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Mohd Amin Rahim, Muhammad Razie Abdul Rahim
Midfielder : Faiz Helmi Jali, Jivan Mohan, Mohd Shukri Mutalib, Mohd Amerullah Abdul Aziz, Mohd Marhan Mohd Jalil,
Penyerang : Azlan Misron, Chua Boon Huat, Ismail Abu, Mohd Fitri Saari, Nabil Fiqri Mohd Noor, Tengku Ahmad Tajuddin, Mohd Faizal Saari, Ismail Abu

Incoming search terms:

  • hoki malaysia
This entry was posted in Hoki and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply