[FORMASI] ARSENE WENGER BERSEDIA MENGUBAH TAKTIKAL?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dikhabarkan bersedia untuk melakukan perubahan besar terhadap formasi khususnya di bahagian 4 pertahanan terakhir Arsenal. Menurut Daily Mail, Wenger mahu melakukan perubahan ketika menentang Schalke 04 selepas prestasi kurang menyakinkan ditunjukkan oleh pertahanan Arsenal ketika tewas 1-2 kepada Manchester United namun terpaksa menangguhkan perlaksaan kerana kekurangan persediaan.

Arsene Wenger bersedia menurunkan 3 center backs menerusi Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker di bahagian pertahanan tengah sementara Bacary Sagna dan Kieran Gibbs diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih selaku wing backs. Formasi ini dilihat mampu mengurangkan kebimbangan tentang kekosongan ruang yang ditinggalkan oleh Sagna dan Gibbs ketika melakukan serangan.

Formasi ini sering digunakan oleh kelab-kelab dari Itali termasuk Juventus, AC Milan, Internazionale dan lain-lain lagi dan turut digunakan oleh pengurus City, Roberto Mancini termasuk ketika bangkit menewaskan Tottenham Hotspurs hujung minggu lalu. Namun tidak dapat dipastikan samada Arsenal akan menerapkan formasi 3-5-2 atau 3-4-3 di mana tiada sebarang pertunjuk mengenai dengan corak serangan yang bakal ditampilkan oleh Arsene Wenger.

Mengenai formasi 3-5-2, kemungkinan besar Arsenal bakal memberi peluang buat penyerang lain – Lukas Podolski atau Theo Walcott diberi peluang untuk bergandingan dengan Olivier Giroud sementara Cazorla bertindak sedikit ke bawah di bahagian tengah padang dengan memberi lebih fokus selaku playmaker. Kelibat Cazorla berjaya dikekang dengan berkesan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini sekaligus menjejaskan prestasi The Gunners.

Jika Arsenal menerapkan formasi 3-4-3 bermakna Santi Cazorla diberi peranan free role untuk bergerak bebas di bahagian kawasan lawan. Namun keputusan untuk menentukan taktikal yang bakal digunakan bergantung kepada siapa lawan yang bakal dihadapi oleh Arsenal. Yang pastinya, posisi back three sangan berbeza dengan back four sekaligus memberi lebih keharmonian dalam kekuatan pasukan serta mewujudkan kepelbagaian taktikal dalam pasukan.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply