[FIFA] BRAZIL JUARA PIALA DUNIA FIFA FUTSAL 2012

Juara bertahan, Brazil berjaya menjulang kejuaraan Piala Dunia Futsal 2012 selepas menewaskan Sepanyol 3-2 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand kelmarin. Jaringan Neto beberapa minit sebelum perlawanan masa tambahan tamat sudah cukup membantu Brazil merangkul kejuaraan ke-5 Piala Dunia Futsal.

Kekalahan Sepanyol ini menyaksikan juara Eropah itu gagal menebus kehampaan apabila dikecewakan Brazil dalam kejohanan 4 tahun lalu menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga perlawanan tamat. Brazil berjaya meledak 42 gol dalam 5 perlawanan sebelum mara ke perlawanan akhir kelmarin.

Brazil berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan Neto sebelum Aicardo dan Torras berjaya meletakan Sepanyol di depan. Walau bagaimanapun, jaringan bintang Brazil Falcao yang melakukan kemunculan ke-4 dalam kempen Piala Dunia Futsal memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Dan ketika pemenang seakan-akan bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Neto berjaya mengesah kemenangan Brazil menerusi satu rembatan kencang. Sepanyol dilihat gagal mengekang asakan-asakan pemain-pemain Brazil meskipun berjaya mengusai permainan pada awal saingan. Kekalahan ini menyaksikan Sepanyol terus hampa untuk mengulangi pencapaian muncul juara pada 2004 di Chinese Taipei.

Sementara itu, Itali berjaya mempertahankan pingat gangsa selepas menundukan Columbia 3-0 pada penentuan tempat ketiga. Jurulatih Itali, Roberto Menichelli nyata berpuas hati dengan pencapaian pasukannya yang menduduki ranking ke-2 Eropah di belakang Sepanyol.

SENARAI JUARA PIALA DUNIA FUTSAL FIFA

2012 : Brazil
2008 : Brazil
2004 : Sepanyol
2000 : Sepanyol
1996 : Brazil
1992 : Brazil
1989 : Brazil

Incoming search terms:

  • Senarai juara dunia futsal
This entry was posted in FIFA and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply