[EPL] THE GUNNERS BERKUNJUNG KE GOODISON PARK

Arsenal bertandang ke Goodison Park dengan misi memburu 3 mata bagi merapatkan jurang dengan 10 mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Manchester United. Everton pula menduduki kedudukan ke-5 liga dengan 21 mata manakala Arsenal menghuni posisi ke-6 apabila meraih 20 mata daripada 13 perlawanan. Musim lalu, The Gunners berjaya menewaskan Everton di Goodison Park menerusi jaringan tunggal Thomas Vermaelen.

Arsene Wenger kembali mendapat khidmat Theo Walcott yang kembali pulih dari kecederaan bahu namun terus kehilangan  Abou Diaby dan Andre Santos yang mengalami kecederaan paha dan abdominal. Playmaker berpengalaman, Tomas Rosicky pula kembali menjalani latihan penuh selepas berehat lebih 5 bulan kerana mengalami kecederaan archilles.

Sementara itu, penjaring gol terbanyak Everton, Marouane Fellaini kembali daripada pengantungan satu perlawanan selepas menerima 5 kad kuning. Tony Hibbert dan Darron Gibson pula sedia diturunkan selepas pulih daripada kecederaan groin. Victor Anichebe dan Kevin Mirallas juga kembali pulih daripada kecederaan hamstring. Namun, Phil Neville terus berehat panjang selepas menjalani pembedahan kerana kercederaan lutut.

PERCATURAN TAKTIKAL

Wojciech Szczesny kekal selaku penjaga gawang dengan Laurent Koscielny dan Per Mertesacker bakal bergandingan selaku pertahanan tengah sementara Bacary Sagna dan Thomas Vermaelen mengisi posisi bek kanan dan kiri. Mikel Arteta pula dijangka akan kekal selaku defensive midfielder sementara Jack Wilshere bakal memainkan peranan selaku box-to-box midfielder.

Manakala Santi Cazorla kekal selaku attacking midfielder dalam merencana  serangan The Gunners. Kepulangan Theo Walcott kembali mengisi posisi sayap kanan yang kelebihan menerusi larian pantas mampu menghasilkan gol menerusi hantaran silangnya dan sentuhan penyudah yang klinikal. Lukas Podolski pula kekal di posisi sayap kiri dengan Olivier Giroud kekal selaku targetman.

Sementara itu, David Moyes pula mengekalkan Tim Howard selaku benteng terakhir The Toffees. Pengurus Everton dijangka akan mengandingkan dua pertahanan tinggi lampai, Phil Jagielka dan John Heitinga selaku pertahanan tengah dengan Leighton Baines dan Chris Coleman bertindak di bahagian bek kiri dan kanan.

Sementara itu, Leon Osman bertindak selaku holding midfielder bagi mengekang pergerakan playmaker Arsenal, Santi Cazorla.

Thomas Hitzlsperger pula bakal memain peranan selaku box-to-box midfielder bagi membantu pergerakan jentera serangan di bahagian tengah dan sayap. Steven Pienar dan Steven Naismith pula menjana serangan di bahagian sayap dengan melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti Arsenal. Marouane Fellaini kembali beraksi selaku attacking midfielder dengan Nikica Jelavic pula kekal memainkan peranan advance striker.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 29 November 2012

Waktu : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Goodison Park, Liverpool

Pengadil : Michael Oliver

Ramalan : Everton (1) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Dalam 183 pertemuan kedua-dua pasukan, 90 perlawanan dimenangi oleh Arsenal dan 54 menjadi milik Everton sementara 39 berakhir dengan keputusan seri.
  •  Everton gagal menewaskan Arsenal dalam 10 perlawanan terakhir di mana The Gunners berjaya memenangi 8 perlawanan.
  • Arsenal tampil selaku pasukan kedua yang memiliki rekod pertahanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris selepas Manchester City.
  • Everton hanya tewas 2 kali daripada 22 perlawanan terakhir di Goodison Park.
  • Rekod kekalahan terburuk Everton kepada Arsenal di Goodison Park pada Ogos 2009 dengan kekalahan 1-6.
  • Leighton Baines tampil selaku pemain yang paling banyak mencipta peluang dalam Liga Perdana Inggeris dengan 50 peluang dihasilkan.
  • Thomas Vermaelen merupakan penjaring gol tunggal perlawanan menentang Everton di Goodison Park musim lalu.
  • Marouane Fellaini tampil selaku penjaring terbanyak Everton dengan 6 gol daripada 12 perlawanan.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply