[EPL] NORTH LONDON DERBY : ARSENAL VS TOTTENHAM HOTSPURS

Pertembungan dua kelab berjiran dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam nanti menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh penyokong kedua-dua pasukan. Tottenham Hotspurs kini menduduki posisi ke-7 sementara Arsenal pula di kedudukan ke-8 Liga Perdana Inggeris 2012/13 setakat ini. Musim lalu, Arsenal berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk membenam Spurs 5-2 dalam perlawanan di Stadium Emirates.

The Gunners bakal mendapat kembali khidmat penjaga gol utama, Wojciech Szczesny dan pemain sayap England, Oxlade-Chamberlain. Jack Wilshere turut kembali ke dalam kesebelasan utama selepas menjalani pengantungan 1 perlawanan ketika menentang Fulham minggu lalu. Namun, Abou Diaby (paha), Kieran Gibbs (paha), Gervinho (buku lali), Tomas Rosicky (archilles) dan Lukas Fabianski (buku lali).

Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas juga bakal kehilangan beberapa pemain utama kerana kecederaan termasuk Assou-Ekotto (lutut), Mousa Dembele (pinggang), Scott Parker (archilles) dan Younes Kaboul (lutut). Dalam masa yang sama, Jermain Defoe, Aaron Lennon dan Kyle Walker turut berada dalam keraguan.

Arsene Wenger dijangka akan menurunkan hampir keseluruhan skuad yang sama ketika seri 3-3 dengan Fulham minggu lalu kecuali penjaga gol utama, Wojciech Szczesny yang bakal disenaraikan ke dalam skuad utama selepas pulih dari kecederaan dan Jack Wilshere yang akan diturunkan selepas menjalani pengantungan satu perlawanan menyaksikan Francis Coquelin kembali berada di bangku simpanan.

AVB pula dijangka akan terus memberi kepercayaan kepada Bred Friedel selaku penjaga gawang sementara William Gallas dan Steven Caulker bakal bergandingan di pertahanan tengah manakala Kyle Walker dan Jan Vertonghen pula beraksi selaku bek kiri dan kanan. Tom Huddlestone dan Sandro pula bakal berperanan selaku defensive midfielder sementara Clint Dempsey di bahagian attacking midfielder dibantu oleh Aaron Lennon dan Gareth Bale di bahagian sayap dan Emmanuel Adebayor berperanan sebagai center foward.

PERCATURAN TAKTIKAL

Bahagia tengah sekali menjadi kunci utama pertembungan kedua-dua pasukan malam ini. AVB bakal mempertaruhkan 2 defensive midfielder, Tom Huddlestone dan Sandro yang berperanan mengekang asakan-asakan Arsenal menerusi attacking midfielder, Santi Cazorla manakala Jack Wilshere pula bertindak lebih di bahagian tengah menjadi life wire Arsenal untuk menghidupkan gerakan-gerakan dari kawasan Arsenal ke kawasan Spurs.

Sementara itu, Mikel Arteta pula bakal diberi peranan untuk menyekat dan mengawasi setiap pergerakan Clint Dempsey. Di bahagian sayap turut menarik terutama larian pantas daripada pemain sayap kiri Spurs, Gareth Bale yang bakal berhadapan dengan pertahanan berpengalaman Arsenal, Bacary Sagna manakala Arsenal dijangka mempertaruhkan Theo Walcott bagi mengucar-kacir pertahanan kiri Spurs yang diterajui oleh Jan Vertonghen.

Emmanuel Adebayor yang beraksi cemerlang ketika menentang Manchester City minggu lalu bakal diberi peranan untuk merobek gawang Arsenal. Keupayaan melakukan percubaan dari sudut sukar dan melepasi kawalan pertahanan lawan menjadi kunci kekuatan bekas penyerang Arsenal ini. Arsene Wenger pula akan terus memberi kepercayaan kepada Olivier Giroud yang semakin menunjukan peningkatan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 17 November 2012

Waktu : 8.45 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Howard Webb

Ramalan : Arsenal (3) vs Tottenham Hotspurs (1)

FAKTA MENARIK

  • Perlawanan pertama kedua-dua pasukan berlangsung di gelanggang Arsenal pada 1909 dengan dimenangi oleh The Gunners 1-0.
  • Arsenal hanya berjaya tidak bolos sekali dalam 14 perlawanan terakhir menentang Spurs.
  • Tottenham Hotspurs cuba memburu kemenangan ke-300 dalam Liga Perdana Inggeris jika berjaya menewaskan Arsenal malam ini.
  • Dalam 15 perlawanan terakhir di laman Arsenal, 26 gol telah terhasil –  16 gol dijaringkan oleh The Gunners manakala Spurs menjaringkan 10 gol.
  • Musim ini merupakan permulaan terburuk Arsenal sejak musim 1982-83 apabila sekadar memperoleh 16 mata selepas 11 perlawanan.
  • Penjaring gol terbanyak Tottenham Hotspurs ketika menentang Arsenal ialah Billy Minter dan Bobby Smith yang mencatatkan 9 gol.
  • Penjaring gol terbanyak Arsenal ketika menentang Spurs ialah Alan Sunderland, Robert Pires dan Emmanuel Adebayor dengan 8 gol.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply