[EPL] FULHAM BUKAN LAWAN MUDAH ARSENAL

Arsenal yang terus dihimpit prestasi tidak menentu kebelakangan ini bakal menghadapai satu lagi perlawanan sukar menanti kunjungan pasukan penuh misteri dari barat daya London, Fulham malam ini. Musim lalu, The Cottagers berjaya mengikat dan menumpaskan pasukan utama seperti Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester City. Kini, skuad bimbingan Martin Jol ini menduduki kedudukan ke-8 liga dengan memungut 15 mata selepas 10 perlawanan.

Arsene Wenger pastinya kehilangan khidmat Jack Wilshere yang menerima kad merah ketika menentang Manchester United hujung minggu lalu. Arsenal turut bakal kehilangan beberapa pemain kerana kecederaan termasuk Gervinho (buku lali), Abou Diaby (paha), Kieran Gibbs (paha), dan Lukasz Fabianski (buku lali). Wojciech Szczesny hampir pasti tidak diturun selepas beraksi bersama skuad Arsenal B-21 menentang West Ham semalam.

Sementara itu, Aaron Ramsey dan Oxlade-Chamberlain sudah pulih dari kecederaan dan perlu menjalani ujian kecergasan sebelum disenaraikan dalam skuad yang bakal melayan kunjungan Fulham malam ini. Tomas Rosicky pula sudah turun menjalani latihan selepas pulih dari kecederaan panjang dan mungkin dapat diturunkan menentang Spurs minggu hadapan.

Pengendali Fulham, Martin Jol pula tidak menghadapi masalah kecederaan yang serius tetapi pastinya tidak dapat menurunkan bekas pemain Real Madrid, Simon Davies yang menjalani pembedahan kerana kecederaan pinggang. Mahamadou Diarra dan Kieran Richardson pula masih dalam keraguan namun dijangka akan dapat diturunkan malam ini.

Arsene Wenger bakal mempertaruhkan skuad yang sama ketika seri 2-2 dengan Schalke 04 dengan Mannone sekali mengalas tugas selaku penjaga gawang selepas Szczesny masih dalam proses pemulihan. Sementara itu, Francis Coquelin pula dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jack Wilshere yang menjalani pengantungan satu perlawanan.

Sementara itu, Fulham menurunkan Mark Schwarzer selaku penjaga gawang sementara barisan pertahanan digalas oleh Brede Hangeland dan Aaron Hughes sementara John Arne Riise selaku bek kiri dan Sascha Riether di posisi bek kanan. Martin Jol dijangka akan menurunkan 2 defensive midfielder, Chris Baird dan Mahamadou Diarra bagi mengukuhkan bahagian tengah Fulham.

Bekas pemain remaja Arsenal, Steve Sidwell pula bakal bertindak di bahagian attacking midfielder dengan dibantu dua pemain sayap yang lincah, Damien Duff dan Brian Ruiz untuk mengucar-kacirkan pertahanan Arsenal. Dimitiar Berbatov pula bakal bertindak selaku penyerang tunggal bagi mengempur kubu Arsenal.

PERCATURAN TAKTIKAL

Jaringan awal perlawanan oleh Arsenal dilihat sangat penting bagi membuka kembali perlawananmdengan Fulham dilihat lebih mengamalkan corak permainan bertahan dengan mengharapkan serangan balas pantas terutama di bahagian sayap. The Cottagers bakal memanfaatkan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh pemain-pemain terutama barisan pertahanan untuk mengekang barisan penyerang Arsenal.

Fulham pastinya mengharap sentuhan Berbatov yang memiliki keupayaan yang baik untuk menghasilkan jaringan menerusi sepakan dan tandukan. Sementara itu, Hugo Rodallega yang mungkin dimasukan pada separuh masa kedua memiliki kelincahan dan keupayaan menembusi benteng pertahanan lawan. Sementara itu, taktikal 2 defensive midfielder Fulham bertujuan untuk mengekang pergerakan Cazorla di bahagian tengah Arsenal.

Barisan pertahanan Arsenal dilihat perlu berhati-hati dengan corak permainan Fulham yang mengamalkan corak hantaran jauh dan memiliki kemampuan untuk menghasilkan jaringan menerusi set piece.

Sagna dan Vermaelen perlu waspada dengan serangan balas The Cottagers yang lebih banyak digerakan di bahagian sayap oleh Duff dan Ruiz. Kehadiran Francis Coquelin dilihat mampu mengukuhkan bahagian pertahanan berbanding Aaron Ramsey.

Dengan corak permainan Arsenal yang kebiasaanya melakukan hantaran-hantaran pendek dam mencari ruang untuk menembusi kawasan pertahanan lawan dilihat tidak sesuai menentang Fulham yang memiliki pemain pertahanan yang bagus terutama dari segi kawalan kawasan untuk menutup setiap ruang-ruang kosong dengan Baird (seorang pemain pertahanan tengah) akan lebih bertindak di bahagian pertahanan sekaligus mewujudkan barisan 5 pemain pertahanan The Cottagers.

Sementara itu, Olivier Giroud dilihat penyerang yang sesuai untuk mengempur kubu Fulham kerana memiliki ketinggian dan arieal duel yang baik untuk menyaingi pertahanan kental seperti Hughes dan Hangeland. Theo Walcott perlu memanfaatkan kelebihan larian pantasnya untuk merobek benteng Fulham sementara Santi Cazorla perlu kerap melakukan prcubaan jarak jauh dari luar kotak penalti.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 10 November 2012

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Andre Marriner

Ramalan : Arsenal (2) vs Fulham (0)

FAKTA MENARIK

  • Permulaan musim 2012/13 merupakan musim terburuk Arsenal sejak di bawah kendalian Arsene Wenger apabila sekadar meraih 15 mata daripada 10 perlawanan setakat ini.
  • Fulham tidak pernah memenangi perlawanan di tempat lawan menentang Arsenal dalam 26 perlawanan di manan 22 berakhir dengan kekalahan dan 4 seri.
  • Arsenal berjaya memenangi 34 perlawanan, seri 9 kali dan tewas 8 kali menetang Fulham dalam semua kejohanan.
  • Fulham merupakan pasukan yang paling banyak melakukan percubaan tepat dengan 57%.
  • Arsenal tewas dalam 3 daripada 5 perlawanan terakhir seakat ini.
  • Musim lalu, Arsenal terikat 1-1 dalam perlawanan di Emirates namun The Gunners tewas 2-1 di Craven Cottage.
  • Bekas Arsenal pemain muda, Steve Sidwell menjaringkan dua gol dalam kemunculan bersama Fulham menentang The Gunners musim lalu.
  • Theo Walcott merupakan penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan 8 gol.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply