[EPL] DENDAM YANG BELUM TERLUNAS DI OLD TRAFFORD

Pertembungan penting penuh tradisi tatkala Manchester United menanti kunjungan Arsenal di Old Trafford malam ini. Episod duka tewas 8-2 kepada di gelanggang keramat Red Devil musim lalu mahu ditebus oleh anak-anak buah Arsene Wenger namun pastinya ini bukan tugas mudah memunggut 3 mata berharga malam ini. Pertembungan kedua seteru ini sentiasa menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak seluruh dunia.

Arsenal sudah pasti tidak dapat menurunkan Abou Diaby, Kieran Gibbs, Oxlade-Chamberlain dan Wojciech Szczesny kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan. Penyerang Ivory Coast, Gervinho turut disisihkan kerana mengalami kecederaan buku lali ketika menentang QPR minggu lalu dan djangka akan berehat selama 3 minggu. Kepulangan pemain tengah berbakat, Jack Wilshere pastinya memberi sedikit kekuatan untuk Arsenal malam ini.

Di kem Man United pula, Sir Alex Ferguson pula hampir pasti kehilangan Nemanja Vidic, Chris Smalling, Phill Jones dan Shinji Kagawa kerana mengalami kecederaan. Man United pastinya menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan Chelsea 3-2 hujung minggu lalu di Stamford Bridge yang direhatkan sepenuhnya daripada beraksi dalam saingan Piala Capitl One awal pagi Khamis lalu.

Mimpi ngeri tewas 8-2 kepada Red Devils pastinya tidak akan berulang dengan Arsene Wenger bakal menurunkan skuad terbaiknya meskipun tanpa beberapa pemain utama yang dketepikan kerana kecederaan. Vito Mannone sekali lagi menjadi sandaran mengawal gawang Arsenal malam ini sementara Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker bakal membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan bersama Bacary Sagna dan Andre Santos di bahagian pertahanan.

Jack Wilshere dan Santi Cazorla bakal menjadi watak penting Arsenal malam ini sementara Mikel Arteta bakal memainkan peranan selaku defensive midfielder. Aaron Ramsey sekali lagi bakal menjadi pilihan beraksi di posisi sayap kanan sementara Lukas Podolski pula bakal mengempur kubu United dari sebelah kiri dengan Olivier Giroud bakal beraksi selaku center foward.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsenal pastinya akan meletakan harapan yang tinggi kepada Jack Wilshere dan Santi Cazorla dalam usaha mendominasi perlawanan dengan Arteta sekali lagi bakal bertindak selaku deep lying playmaker. Sementara itu, Theo Walcott yang beraksi cemerlang selama 120 minit ketika menewaskan Reading Rabu lalu dijangka akan dimasukan mengantikan Aaron Ramsey pada separuh masa kedua untuk memerangkap pertahanan United menerusi larian pantasnya.

Manchester United bakal mengamalkan taktikal serangan balas pantas dan hantaran bola tinggi dengan penjaring terbanyak mereka, Robin van Persie bakal menjadi targetman. Wayne Rooney, Ashley Young dan Antonio Valencia bakal menjadi duri dalam daging buat pertahanan Arsenal malam ini. Prestasi yang kurang memberansangkan Santos pastinya cuba dimanfaatkan oleh Antonio Valencia dan Rafael da Silva untuk merobek kubu The Gunners.

Alex Ferguson turut meletakkan dua pemain defensive midfielder, Tom Cleverly dan Michael Carrick untuk mengekang gerakan-gerakan Arsenal terutama menerusi Cazorla dan Wilshere. Paul Scholes dan Javier Hernandez bakal dibawa masuk pada separuh masa kedua jika Man United terdesak untuk menghasilkan jaringan.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 3 November 2012

Waktu : 8.45 malam (waktu Malaysia)

Pengadil : Mike Dean

Ramalan : Manchester United (2) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Kali terakhir Arsenal menewaskan Manchester United di Old Trafford pada 2006 menerusi jaringan tunggal Emannuel Adebayor pada minit ke-86 dan Theo merupakan satu-satunya pemain Arsenal yang masih kekal dalam skuad Arsenal.
  • Kekalahan 8-2 Arsenal musim lalu kepada United merupakan kekalahan terburuk sejak 1896 dan merupakan rekod jaringan terbesar sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan.
  • Arsenal cuma memenangi sekali daripada 15 perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh Mike Dean iaitu ketika menang 5-2 ke atas Tottenham Hotspurs pada Februari lalu.
  • Manchester United memenangi 8 dan tewas sekali daripada 10 pertemuan terakhir dengan Arsenal dalam semua kejohanan.
  • Arsenal merupakan pasukan yang paling sikit menjaringkan gol dalam 30 minit pertama perlawanan.
  • 9 sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil sejak era Arsene Wenger dengan 7 untuk Man United dan 2 untuk Arsenal. Namun 5 daripada 9 sepakan penalti tersebut gagal menghasilkan jaringan.
  • Sejak November 1996, Arsenal dan Man United bertemu sebanyak 48 kali dengan 21 dimenangi oleh Alex Ferguson dan 15 dimenangi oleh Arsene Wenger.
  • Robin van Persie merupakan penjaring terbanyak Arsenal musim lalu dengan menjaringkan 36 gol dalam 48 perlawanan sebelum berhijrah ke Old Trafford pada 15 Ogos lalu.
  • Wayne Rooney menjaringakan gol ke-100 dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Arsenal selain turut menjaringkan gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris bersama Everton dan Man United ketika menentang Arsenal.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply