[EPL] ASTRO DAPAT HAK PENYIARAN BPL HINGGA 2016

Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro), kumpulan hiburan media pengguna bersepadu terkemuka Malaysia, memenangi tender bagi hak penyiaran Liga Perdana Barclays (BPL) di Malaysia bagi tiga musim mulai 2013/14 hingga 2015/2016. Namun, Astro perlu membelanjakan antara US$280 juta hingga US$320 juga bagi mendapatkan hak penyiaraan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, kesemua 380 perlawanan BPL akan disiarkan secara langsung di Astro. “Kami amat teruja memperkukuhkan lagi pembabitan kami dengan liga bola sepak paling popular ini dan membawakan tiga lagi aksi musim bola sepak dari BPL.

“Sejak 1997, Astro menyiarkan aksi BPL sebagai sebahagian daripada persembahan menyeluruh program bola sepak bagi peminat bola sepak Malaysia. Sekarang, dengan ‘Astro On the Go’, mereka boleh menikmati acara sukan terbaik melalui peranti mudah alih di mana saja mereka berada, serta menikmatinya dalam keselesaan di rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Scudamore berkata, pihaknya berbesar hati Astro memilih untuk melabur memperoleh hak penyiaran bagi musim 2013/14 dan 2015/16.

“Mereka adalah rakan kongsi jangka panjang Liga Perdana dan terkenal dengan penyiaran sukan berkualiti. “Kami tahu mereka akan terus menyiarkan Liga Perdana Barclays bagi tontonan peminat bola sepak Malaysia dengan cara yang menyeronokkan dan inovatif,” katanya. – Harian Metro

Incoming search terms:

  • liga perdana inggeris 2013/14
  • perpindahan pemain epl 2013/14
  • senarai perpindahan pemain epl 2013/14
This entry was posted in EPL and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply