[EPL] ARSENAL BURU 3 MATA BERHARGA DI VILLA PARK

The Gunners yang kembali menampilkan aksi cemerlang dengan mencatatkan 2 kemenangan bergaya ke atas Spurs dan Montpellier bakal mengharungi satu lagi perlawanan sukar di tempat lawan menentang Aston Villa di Villa Park awal pagi nanti waktu Malaysia. The Villans yang kini berada di zon penyingkiran dengan 9 mata daripada 12 perlawanan.

Arsenal yang pastinya sedikit keletihan selepas mengharungi jadual yang padat termasuk menentang juara Ligue 1 France, Montpellier di Emirates awal pagi Khamis lalu. Theo Walcott bakal disisihkan namun dijangka kembali dalam perlawanan menentang Everton Rabu depan. Kieran Gibbs dan Gervinho bakal mengisi semua kesebelasan utama dengan Wenger kembali mengandingkan Vermaelen dan Mertesacker selaku pertahanan tengah.

Sementara itu, Aston Villa pula bakal kehilangan beberapa pemain kerana kecederaan termasuk Charles N’Zogbia (lutut), Richard Dunne (groin), Gary Gardner (ACL), Joe Bennett (lutut), Chris Herd (lutut) dan Stiliyan Petrov (leukaemia). Darent Bent kembali di bangku simpanan selepas pulih dari kecederaan buku lali. Namun pengurus Villa, Paul Lambert bakal berada di tempat duduk penonton kerana menjalani hukuman pengantungan 1 perlawanan kerana mengkritik keputusan ketika tewas kepada Man City.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger dijangka akan mempertaruhkan Wojciech Szczesny selaku penjaga gawang. Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker kembali bergandingan selaku pertahanan tengah sementara Bacary Sagna kekal di posisi bek kanan dan Kieran Gibbs pula mengisi posisi bek kiri. Mikel Arteta bakal memainkan peranan selaku deep lying-playmaker manakala Jack Wilshere dan Santi Cazorla bakal memainkan peranan mengerakan serangan dari bahagian tengah.

Gervinho pula yang baru pulih dari kecederaan buku lali bakal kembali memainkan peranan selaku sayap kanan ekoran kecederaan yang dialami oleh Theo Walcott manakala Lukas Podolski pula berjaya menaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan terakhir kekal selaku sayap kiri. Olivier Giroud yang semakin serasi akan terus diberi kepercayaan selaku center foward bagi merobek gawang Villa.

Sementara itu, Paul Lambert pula akan menurunkan Brad Guzan selaku benteng terakhir manakala Ron Vlaar dan Ciaran Clark mengemudi benteng tengah Villa dibantu oleh Enda Stevens dan Matthew Lowton selaku bekĀ  kanan dan bek kiri. Sekali lagi, pengurus Villa meletakan 2 defensive midfielder, Barry Bannan dan Ashley Westwood bagi mengukuhkan bahagian tengah untuk menyekat pergerakan pemain Arsenal.

Steven Ireland pula bakal bertindak selaku playmaker Villa dengan dibantu oleh pemain sayap lincah, Gabriel Agbonlahor dan Andreas Weimann. Penyerang antarabangsa Belgium kelahiran Congo, Christian Benteke bakal menjadi center foward bagi mengempur kubu The Gunners. Aston Villa dijangka akan mengamalkan taktikal bertahan dengan mengharap serangan balas pantas di bahagian sayap dengan menanfaatkan kepantasan dan kelincahan yang dimiliki Weimann dan Agbonlahor.

Ireland pula pastinya akan cuba melakukan percubaan jarak jauh atau hantaran panjang mencari Benteke, Weimann dan Agbonlahor. Bannan dan Westwood dilihat bakal menghadapi tugas sukar mengekang pergerakan dua midfielder kreatif Arsenal, Cazorla dan Wilshere. Aston Villa juga turut memiliki kelebihan menjaringkan gol menerusi situasi set-piece terutama menerusi kapten pasukan, Ron Vlaar dan Ciaran Clark.

Arsenal pula perlu memanfaatkan kelemahan di bahagian bek kiri dan kanan kerana Lowton dan Stevens merupakan pemain-pemain muda yang masih cetek pengalaman. Sagna dan Gibbs perlu lebih aggresif dalam membantu serangan dari bahagian tepi padang. Dalam masa yang sama Arsenal dilihat semakin bagus menghasilkan jaringan menerusi sepakan sudut dan situasi bola tinggi.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 24 November 2012

Waktu : 1.30 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Villa Park, Birmingham

Pengadil : Lee Mason

Ramalan : Aston Villa (1) vs Arsenal (3)

FAKTA MENARIK

  • Aston Villa tidak pernah menewaskan Arsenal di Villa Park dalam 13 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris di mana kali terakhir menewaskan Arsenal pada Disember 1998 dengan kemenangan 3-2.
  • Arsenal dan Aston Villa berjaya menjaringkan 9 gol dalam 3 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
  • Selepas 14 perlawanan, Villa tewas 7 kali, seri 6 kali dan hanya mencatatkan 1 kemenangan.
  • Kemenagan terbesar The Gunners menentang Aston Villa ialah pada Disember 1935 dengan kemenangan 7-1 di mana Ted Drake telah menjaringkan kesemua gol untuk Arsenal.
  • Pertembungan pertama kedua-dua pasukan berlangsung pada 1904 di mana Aston Villa memenangi perlawanan dengan 2-1.
  • Jack Wilshere yang menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Montpellier selepas 725 hari di mana kali terakhir menjaringkan gol pada 27 November 2010 ketika menentang Aston Villa.
  • Darren Bent menjaringkan 6 gol daripada 7 perlawanan menentang Arsenal.
  • Olivier Giroud menjaringkan 5 gol daripada 6 perlawanan terakhir.
  • Mikel Arteta melakukan 1104 hantaran hanya tewas dengan pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez yang mencatatkan 1152 hantaran di pentas kelab-kelab Eropah.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply