[EPL-11] FULHAM NAFIKAN 3 MATA IDAMAN ARSENAL

Fulham berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk mengikat The Gunners 3-3 di Stadium Emirates semalam. Arsenal kini semakin jauh daripada pemburuan kejuaraan liga apabila ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu dengan 11 mata. Ini merupakan rekod permulaan musim terburuk Arsenal sejak 30 tahun lalu apabila anak-anak buah Arsene Wenger sekadar memungut 16 mata daripada 11 perlawanan setakat ini.

Arsene Wenger menurunkan skuad yang sama ketika seri 2-2 dengan Schalke 04 Rabu lalu kecuali mengantikan Jack Wilshere yang menjalani pengantungan 1 perlawanan dengan Francis Coquelin. Sementara itu, Aaron Ramsey dan Alex Oxlade-Chamberlain kembali berada di bangku simpanan selepas pulih dari kecederaan masing-masing.

Pengurus Fulham pula, Martin Jol melakukan sedikit rombakan di bahagian tengah tengah denganĀ  meletak 2 defensive midfielder, Chris Baird dan Steve Sidwell. Manakala Kieran Richardson yang baru pulih dari kecederaan beraksi di posisi sayap kiri dan Askan Dejagah pula mengerakkan serangan di bahagian sayap kanan. Sementara itu, Bryan Luiz yang kebiasaanya beraksi di posisi sayap kiri memainkan peranan selaku attacking midfielder dan Dimitiar Berbatov pula kekal selaku center foward.

Fulham bermula garang dengan mengasak kubu Arsenal seawal minit ke-4 namun rembatan Bryan Luiz membias kaki Mertesacker untuk sepakan sudut pertama perlawanan. Giroud akhirnya berjaya meletakkan Arsenal 1-0 di depan apabila tenang menanduk masuk sepakan sudut Walcott pada minit ke-11. Kieran Ricahrdson terpaksa dibawa keluar pada minit ke-21 kerana mengalami kecederaan hamstring dan digantikan dengan Alex Kacaniklic.

Lukas Podolski berjaya meledak gol ke-2 Arsenal selepas menerima hantaran silang dari Arteta yang berjaya melolosi kawalan Chris Baird pada minit ke-23. Namun, The Cottagers tidak mudah mengalah apabila Dimitiar Berbatov menanduk masuk sepakan sudut Bryan Luiz paada minit ke-29. Alex Kacaniklic pula berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40 selepas tenang menanduk masuk hantaran lintang Berbatov menewaskan Vito Mannone.

Sebaik babak kedua bersambung, Arsenal terus ghairah memburu gol namun percubaan Walcott pada minit ke-54 melewati palang. Sebaliknya, Fulham berjaya di depan apabila Berbatov tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-67 selepas Bryan Luiz dijatuhkan oleh Arteta dalam kotak penalti. Bermula dari satu serangan balas pantas, Theo Walcott sekali lagi melakukan percubaan namun rembatannya tenang dinafikan oleh Mark Schwarzer seminit kemudian.

Giroud sekali lagi menemui sentuhan apabila menanduk masuk hantaran lintang Walcott untuk mengikat kedudukan 3-3 selepas rembatan awalnya terkena tiang pada minit ke-69. Giroud hampir mencatatkan hatrik namun rembatannya dari jarak 30 ela pada minit ke-79 berjaya ditepis keluar oleh Mark Schwarzer. Kemasukan Oxlade-Chamberlain dan Arshavin berjaya memberi kekuatan baru untuk Arsenal terutama di bahagian sayap.

Dan Giroud terus hampa apabila tandukannya pada minit ke-89 tidak menepati sasaran selepas menerima hantaran silang Sagna. Bermula dari gerakan Arshavin pada minit ke-94, hantarannya terkena tangan Sascha Riether sekaligus Phil Dowd tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Arsenal. Namun, Arteta gagal menyempurnakan sepakan tersebut menyaksikan Arsenal sekadar berpuas hati dengan 1 mata.

ANALISIS PERLAWANAN

Arsenal bermula baik dengan mendahului 2-0 namun dilihat hilang tumpuan apabila Berbatov berjaya menjaringkan gol pertama Fulham pada minit ke-29. Sekali lagi kelemahan set piece Arsenal berjaya dimanfaatkan sebaiknya oleh Berbatov untuk menanduk masuk sepakan sudut Bryan Luiz. Gol kedua juga turut bermula dengan situasi bola tinggi yang gagal dibaca dengan baik oleh pertahanan Arsenal.

Laurent Koscielny dan Per Mertesacker secara keseluruhannya beraksi baik namun kredit harus diberikan kepada Koscielny yang melakukan dua tackle kemas yang berjaya menyelamatkan Arsenal daripada terus dibolosi. Vermaelen juga dilihat kretif namun beberapa kali gagal mengekang serangan dari sebelah kiri Arsenal. Sagna pula dilihat kurang melakukan ovelapping dan menghasilkan hantaran-hantaran dari sebelah kanan.

Kunci utama perlawanan pada malam ini ialah Arsenal memerlukan seorang holding midfielder atau defensive midfielder yang sejati seperti Viera atau Song yang memainkan peranan besar membantu bahagian pertahanan Arsenal. Ketiadaan Alex Song musim ini menyaksikan benteng Arsenal sangat rapuh meskipun dibarisi pertahanan berkesal dunia seperti Vermaelen, Mertesacker dan Koscielny.

Barisan pertahanan dilihat perlu melakukan kerja lebih kerana tidak mendapat sokong daripada Arteta yang sememangnya bukan seorang pemain defensive midfielder. Kecederaan yang dialami oleh Diaby dan pengantungan ke atas Wilshere memburukan lagi keadaan Arsenal semalam. Coquelin beraksi baik namun belum mencapai tahap yang diperlukan oleh Arsenal.

From hero to zero, itulah mungkin ungkapan paling mengambarkan prestasi Arteta yang beraksi baik pada separuh masa pertama namun kesilapan memberi sepakan penalti buat Fulham menyaksikan pemain kelahiran Sepanyol itu terus hilang fokus selepas itu. Dan kegagalan menyempurnakan sepakan penalti Arsenal pada minit-minit akhir perlawanan menutup malam duka buat Arteta.

Sementara itu, percaturan Martin Jol meletakan 2 defensive midfilder dilihat sedikit sebanyak berjaya mengekang penguasaan bola di bahagian tengah Arsenal. Dengan Baird yang merupakan seorang pertahanan dilihat lebih banyak membantu barisan pertahanan Fulham. The Cottagers juga dilihat cepat menutup ruang setiap kali Arsenal melakukan serangan berbanding Arsenal yang memberi ruang terutama buat Bryan Luiz melakukan larian-larian.

Sentuhan penyudah Berbatov sememangnya sangat berkesan dan tidak boleh dinafikan lagi. Namun kejayaan Fulham turut didorong oleh kerja keras yang dilakukan oleh Bryan Luiz yang kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan Arsenal dengan dibantu oleh Askan Dejagah dan Alex Kacaniklic. Serangan-serang Fulham lebih banyak bermula dari bahagian sayap kanan dengan Dejagah dan Luiz dilihat begitu serasi.

MAN OF THE MATCH : OLIVER GIROUD

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply