[EPL-10] EPISOD DUKA ARSENAL BERTERUSAN DI OLD TRAFFORD

Arsenal gagal menebus kekecewaan kekalahan memalukan musim lalu apabila tumpas 2-1 kepada Manchester United di Old Trafford dengan disulami layangan kad merah kepada pemain tengah sensasi Arsenal, Jack Wilshere. Kemenangan ini berjaya melonjakan United ke kedudukan teratas, satu mata mengatasi pencabar terdekat Chelsea dengan 23 mata.

Pengurus Arsenal menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan QPR 1-0 minggu lalu dengan Wojciech Szczesny, Abou Diaby dan Kieran Gibbs masih belum cergas sepenuhnya. Sementara itu, Alex Ferguson turut membariskan barisan pemain yang sama ketika menundukan Chelsea 3-2 di Stamford Bridge, Ahad lalu.

Man United mendominasi perlawanan sebaik wisel dibunyikan oleh pengadil, Mike Dean. Bermula dari hantaran lintang Rafael da Silva dari sebelah kanan yang gagal ditampan kemas oleh Vermaelen, Robin van Persie pantas menyambar peluang dengan melepaskan satu rembatan kaki kanan untuk gol pertama United pada minit ke-3. Namun, Robin van Persie tidak meraikan gol tersebut kerana menghormati Arsenal, kelab yang disertainya selama 8 tahun.

Jack Wilshere dilayangkan kad kuning pada minit ke-14 kerana terjahan keras dari belakang ke atas Tom Cleverley. Robin van Persie nyaris menambah jaringan pada minit ke-22 namun rembatan berjaya ditampan oleh Vito Mannone. Penjaga gol Arsenal ini terus cemerlang menepis rembatan kencang Wayne Rooney pada minit ke-28 manakala tandukan susulan Robin van Persie berjaya ditangkap kemas.

30 saat menuju rehat Red Devils pula dihadiahkan sepakan penalti selepas sepakan Ashley Young terkena tangan Santi Cazorla. Namun, sepakan penalti yang diambil Rooney gagal menemui sasaran untuk kedudukan 1-0 kekal menuju ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua, corak permainan The Gunners terus tenggelam dengan Vermaelen sekali lagi hampir memberikan gol buat buat United apabila terlepas kawalan bola yang pantas disambar oleh Robin van Persie sebelum melakukan hantaran lintang cantik namun gagal disempurnakan oleh Antonio Valencia pada minit ke-46. Percaturan Wenger membawa masuk Walcott mengantikan Ramsey berjaya mengubah rentak permainan.

Olivier Giroud hampir menyamakan kedudukan apabila berjaya melepasi kawalan Rio Ferdinand sebelum melakukan rembatan namun tidak menemui sasaran. Robin van Persie terus menjadi duri dalam daging buat Arsenal apabila berjaya melepasi perangkap offside namun sepakan berjaya ditepis oleh Mannone. Bermula dari satu sepakan sudut, Patrice Evra berjaya menanduk masuk hantaran lintang Ashley Young pada minit ke-68.

Arsenal terus derita apabila Wilshere dilayangkan kad kuning kedua seminit berselang selepas mengasari Evra manakala jaringan pemain gantian United, Anderson pada minit ke-80 dibatalkan kerana dikesan offside. Wenger membawa masuk Arsahvin pada minit ke-82 mengantikan Lukas Podolski untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Percaturan itu berjaya apabila Arsenal mendapat peluang menerusi Giroud pada minit ke-90 selepas menerima hantaran Walcott namun berjaya dihalang oleh penjaga gol United. Akhirnya, Arsenal berjaya memperoleh gol saguhati menerusi Santi Cazorla yang melakukan sepakan lencong cantik menewaskan David de Gea pada minit-minit terakhir perlawanan.

ANALISIS PERLAWANAN

Corak pemainan hambar dipamerkan oleh Arsenal dengan gagal mengekang serangan balas pantas Red Devil terutama menerusi bahagian sayap oleh Young dan Valencia dibantu oleh pemain bek, Evra dan Rafael yang dilihat cukup berkesan. Pertahanan Arsenal dilihat tidak teratur dan gagal mengisi kekosongan menyaksikan United mudah mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke gawang Arsenal.

Vermaelen pula tidak dapat fokus dengan tugasnya selaku center back lantaran Santos gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gibbs. Bek kiri Brazil itu dilihat beberapa kali off-position memaksa Vermaelen terpaksa melakukan back up di posisi bek kiri. Situasi set piece sekali lagi gagal dibaca dengan baik oleh pertahanan Arsenal menyaksikan Evra mudah menjaringkan gol kedua United.

Percaturan Alex Ferguson meletakkan Cleverley dan Michael  Carrick untuk mengekang pergerakan Cazorla dan Wilshere dilihat berjaya mematikan gerakan-gerakan Arsenal.

Sememangnya bahagian midfielder menjadi kunci kemenangan United dengan Rooney dilihat berjaya membantu mencipta ruang terutama buat Robin van Persie. Selain itu, pemain-pemain Arsenal dilihat tidak berani melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Sementara itu, kehadiran Wilshere gagal memberi impak besar dalam perlawanan ini dengan kehilangan Diaby sangat dirasai. Arsène Wenger seharusnya membawa keluar Wilshere selepas Wilshere menerima amaran lisan terakhir daripada Mike Dean. Wilshere yang memiliki DNA Arsenal, bermain sepenuh hati nyata tertekan dengan situasi Arsenal yang ketinggalan 2-0 dan terjahan keras ke atas Evra membuktikan segalanya.

MAN OF THE MATCH :

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply