[CORETAN] TOMAS ROSICKY IDOLA SAYA – THOMAS EISFELD

Bintang Arsenal dalam pembikinan, Thomas Eisfeld yang cemerlang bersama skuad simpanan Arsenal mengakui gembira dengan kehidupan barunya di kota London sejak berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada Januari 2012 dengan yuran perpindahan bernilai £500,000. Perpindahannya ke Arsenal turut dipengaruhi oleh kehadiran seorang pemain Arsenal, Tomas Rosicky.

Pemain muda Jerman berusia 19 tahun ini tampak semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan dan corak permainan di Arsenal dengan sering melakukan jaringan dan menghasilkan assist ketika beraksi bersama skuad simpanan Arsenal. Eisfeld turut cemerlang dalah jelajah pra-musim Asia Tour 2012 dengan menjaringkan dua gol daripada 3 perlawanan.

Thomas Eisfeld memulakan karier bersama akademi remaja Borrusia Dortmud pada 2005 dan sering melihat aksi Tomas Rosicky, 32, yang pernah bermain bersama skuad utama Borrusia Dortmund dari 2001 hingga 2006 sebelum kapten Republik Czech itu menyertai Arsenal pada 23 Mei 2006. Pemain berusia 19 tahun itu mengakui dirinya sangat bertuah dapat kembali beraksi bersama pemain idolanya itu.

“Idola saya ialah Tomas Rosicky. Saya memiliki gambarnya di bilik saya dan berasa sangat gembira dapat bermain bersamanya,” kata Tomas Eisfeld kepada www.arsenal.com.

“Bagi pendapat saya, dia seorang pemain yang hebat dan fokus dalam perlawanan. Tetapi apabila beraksi bersama-sama terasa sedikit berbeza. Saya rasa saya boleh membaca perlawanan dengan baik dan saya memiliki kemahiran yang bagus (untuk Arsenal).”

“Saya turut bangga dapat berlatih bersama pemain-pemain hebat seperti Thierry Henry yang menjadi idaman setiap pemain. Impian saya akhirnya menjadi kenyataan,” kata Eisfeld mengulas mengenai pengalamannya berlatih bersama penyerang lagenda Arsenal itu pada Januari dan Februari lalu.

Sementara itu, Terry Burton kelebihan yang dimiliki oleh pemain muda Jerman itu. Jurulatih skuad simpanan Arsenal itu mengakui Eisfeld memiliki potensi besar untuk menjadi seorang pemain bintang di Arsenal suatu hari nanti.

“Dia (Eisfeld) seorang pemain yang bijak dan beraksi baik dan bertambah baik setiap perlawanan. Dia sangat sesuai dengan posisinya (attacking midfielder) di mana dia memiliki kemahiran yang cemerlang dan sentuhan penyudah yang bagus,” kata Terry Burton.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply