[CORETAN] KISAH ANDREY ARSHAVIN DI RESTOREN MCDONALD’S

Meskipun memperolehi pendapatan yang lumayan di Arsenal, namun Andrey Arshavin tetap menggunakan baucher diskaun membeli makanan segera. Pemain sayap kiri The Gunners itu merupakan antara pelanggan tetap di sebuah Restoren McDonald’s di Hampstead, London dan sering mengunjungi bersama keluarganya.

Bekas kapten skuad kebangsaan Russia itu adalah pemain termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahannya dari kelab Russia, Zenit St. Peterburg dengan bayaran perpindahan bernilai £16.1 juta pada 31 Januari 2009 dan merupakan antara pemain yang Arsenal menerima gaji paling tinggi di Emirates sebanyak £80,000 seminggu.

Di sebalik pendapat lumayan yang diperolehi oleh pemain berusia 31 tahun itu, Arshavin masih menggunakan baucher diskaun membeli makanan segera di sebuah Restoren McDonald’s tersebut.

Pekerja di restoran tersebut terkejut dan hampir tidak mempercayai Arshavin membeli makanan segera untuk keluargannya menggunakan baucher diskaun.

“Saya hampir tidak mempercayai bahawa Arshavin sekeluarga dan ke sini,” kata pekerja McDonald’s tersebut yang identitinya tidak didedahkan kepada The Sun.

“Dia merupakan pelanggan tetap, jadi dia menggunakan baucher diskaun Happy Meal bernilai £1.99 (RM 9.70) untuk membayar di sini. Dia mungkin mudah untuk memperolehi makanannya di mana-mana sahaja di kota ini.”

“Tetapi dia (Ashavin) berkata menyukai cita rasa makanan di sini dan harga yang murah untuk seluruh keluarganya.”

Andrey Arshavin yag merupakan seorang ahli sukan yang menjaga kesihatan dan diet pemakanannya sering membeli Filet-O-Fish di Restoren McDonalds berkenaan. Tambahan pula, hidangan ikan tersebut hanya mengandungi 400 kalori dan mencecah 1000 kalori termasuk dengan french fries dan minuman ringan.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply