[CORETAN] KENANGAN MANIS 2010 DARI GELORA BUNG KARNO

malaysia-juara-piala-aff-suzuki-2010Menjelang sepak mula kejohanan bola sepak terbesar di rantau Asia Tenggara yang bakal membuka tirai minggu hadapan, Harimau Malaya bakal turun dengan reputasi besar selaku juara bertahan. Namun, prestasi semasa skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal yang hambar dan kurang menyengat jelas melahirkan bibit-bibit kebimbangan di benak setiap penyokong setia Harimau Malaya dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012.

Mengimbas kembali kejayaan 2 tahun lalu tatkala Malaysia tampil selaku pasukan bukan pilihan dan dikritik hebat selepas dibelasah teruk 1-5 oleh tuan rumah, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi pembukaan. Namun, skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal tidah mudah mengalah dan mempamerkan semangat juang yang tinggi apabila berjaya mengikat Thailand 1-1 sebelum membenam cabaran Laos 5-1 pada aksi kumpulan.

Malaysia-vs-Vietnam-Piala-Suzuki-AFF-2010Harimau Malaya terus mempamerkan watak sebenar apabila berjaya menundukan juara bertahan edisi 2008, Vietnam 2-0 di Stadium Shah Alam pada aksi separuh akhir pertama sebelum terikat 0-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi untuk mara ke perlawanan akhir bertemu dengan musuh tradisi, Indonesia yang terdahulu mengenepikan cabaran Filipina 2-0 secara agregate.

Pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, skuad kendalian K. Rajagopal mencipta kejutan apabila menewaskan skuad Garuda 3-0 menerusi 2 jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 serta gol Ashari Shamsudin pada minit ke-68 sekaligus memberi bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Jakarta. Dalam perlawanan akhir ke-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia terus melebarkan jurang gol apabila Safee Sali meledak jaringan pada minit ke-54.

Meskipun Indonesia cuba bangkit denganmohd-safee- sali-vs-indonesia jaringan Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87 namun sudah terlambat untuk menghalang kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan pertama kejohanan terbesar di Asia Tenggara itu. Lebih manis lagi kejayaan ini diraikan dengan menewaskan negara jiran Indonesia dengan agregate 4-2 meskipun masih segar dibelasah 1-5 oleh Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi pembukaan lalu.

Kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia ini mengingatkan kita akan kejayaan Jerman Barat menjuarai Piala Dunia 1954 menewaskan Hungary 3-2 walaupun dimalukan lawan yang sama 3-8 pada perlawanan pembukaan. Sejarah yang sama juga tercipta tatkala kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 walaupun tewas pada Switzeland 0-1 pada perlawanan pertama mereka.

penyokong-setia-harimau-malayaMalah Malaysia juga pernah mencipta sejarah tersendiri semasa merangkul pingat emas Sukan Sea ke-25 pada Disember 2009 di Laos apabila tewas 1-3 kepada Vietnam sebelum mengalahkan lawan yang sama di perlawanan akhir 1-0. Kejayaan tersebut turut menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas bola sepak Sukan Sea selepas kali terakhir merangkul pingat emas acara bola sepak pada Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur.

Lantaran itu, kita seharusnya menjadikan motivasi kegagalan itu sebagai satu platform untuk kita melompat lebih tinggi dalam mencipta pencapaian yang lebih baik. Kegagalan membawa kita untuk bermuhasabah diri dan melihat segala kelemahan dari pelbagai aspek untuk diperbaiki agar kita mencipta kecemerlangan di hari muka. Kegagalan seharusnya dipandang dari sudut yang positif agar kita tidak terus hanyut dibuai arus putus asa dan lemah semangat sebaliknya meniupkan api keazamanan untuk berusaha lebih gigih dalam apa jua bidang yang diceburi.

Incoming search terms:

  • indonesia vs vietnam timbal balik
  • kenangan malaysia juara piala aff suzuki 2010
This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply