[BULETIN] THEO WALCOTT, JACK WILSHERE DISENARAIKAN DALAM SKUAD ENGLAND

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere disenaraikan oleh Roy Hodgson dalam perlawanan persahabatan menentang Sweeden, Rabu depan meskipun baru kembali beraksi selepas diketepikan lebih 14 bulan kerana mengalami kecederaan yang serius. Pemain berusia 20 tahun itu sudah memiliki 5 caps bersama skuad kebangsaan England di mana kali terakhir Wilshere beraksi pada Jun 2011 menentang Switzerland.

Theo Walcott yang muncul penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan 8 gol daripada 14 perlawanan turut berada dalam senarai Roy Hodgson. Wilshere nyata gembira dengan panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan England itu meskipun belum pernah beraksi di bawah kendali pengurus baru England itu.

“Mungkin terlalu awal untuk saya kembali tetapi ini sangat bagus bagi membina keyakinan saya dan saya berada dalam perancangannya,” kata Jack Wilshere kepada BBC Sport Football Fokus baru-baru ini.

“Kali terakhir saya beraksi bersama England di bawah Fabio Capello dan kini bersama pengurus yang baru, jadi saya tidak tahu mengenai taktikalnya dan adakan saya sesuai dengan perancangannya.”

“Apabila pengurus memilih saya dan menjadikan saya sebahagian daripada pasukannya ia sangat baik bagi saya. Ini merupakan episod baru dalam karier bola sepak saya.”

Wilshere melakukan kemunculannya bersama skuad utama Arsenal ketika menentang Queens Park Rangers dalam saingan Liga Perdana pada 27 Oktober lalu. Namun, pemain berusia 20 tahun itu telah dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-69 ketika Arsenal tewas 2-1 Manchester United.

“Saya fikir anda dapat melihat persaingan hebat merebut posisi midfielder. Ini saya seseorang pemain perlukan –  jika mendapat peluang beraksi setiap minggu segalanya menjadi mudah tetapi persaingan di Arsenal kerana kami memiliki ramai midfielder dan saya rasa ini bagus untuk semua.”

“Melihat kepada gandingan pemain tengah Arsenal, kami memiliki Abou Diaby dan Mikel Arteta yang beraksi baik. Saya baru bermain bersama Mikel Arteta walaupun dia sudah setahun berada Arsenal dan saya sangat teruja beraksi bersama-sama mereka.”

“Dua bulan lalu kami seperti budak baru walaupun sudah mengenai antara satu sama lain tetapi kini, saya rasa pemain-pemain kami sudah serasi.”

“Sebagai contoh Santi Cazorla, dia seorang pemain bola sepak yang sejati dan kini dia sudah serasi dengan kami. Pengurus membuktikan bahawa dia menandatangani pemain-pemain yang berbakat (untuk Arsenal),” kata Jack Wilshere lagi.

Sementara itu, Arsene Wenger terkejut dengan keputusan Hodgson memanggil Wilshere yang disifatkannya terlalu awal untuk beraksi bersama The Three Lions. Namun, pengurus Arsenal itu akhirnya berkompromi selepas berbincang dengan pengendali England itu.

“Penyelesaian terbaik adalah Wilshere tidak turut serta,” kata Arsene Wenger.

“Itu yang terbaik. Dia baru beraksi dalam 3 perlawanan dan hanya sekali bermain dalam keseluruhan permainan.”

“Dia sudah diketepikan selama 17 bulan (bersama England) dan ini sangat baik bagi beraksi meskipun 3 perlawanan bersama Arsenal.”

“Saya sudah bercakap dengan Roy Hodgson menerusi telefon, kami mencapai persefahaman dan persepakatan (mengenai Wilshere),” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply