[BULETIN] THEO WALCOTT PEMAIN TERBAIK BULANAN OKTOBER

Pemain antarabangsa England, Theo Walcott muncul selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan Oktober. Meskipun cuma beraksi sekali dalam kesebelasan utama Arsenal bulan lalu, namun kejayaan meledak gol penting ketika membantu kebangkitan The Gunners menewaskan Reading dalam saingan Piala Capital One menyaksikan Walcott menerima undian sebanyak 31.4%.

Pemain berusia 23 tahun ini hadir dari bangku simpanan dengan menjaringkan 1 gol ketika menewaskan West Ham United pada 6 Oktober lalu. Namun, pencapaian paling cemerlang Walcott ketika menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan dalam saingan Piala Capital One menentang Reading.

Sementara itu, aksi konsisten Mikel Arteta menyaksikan pemain tengah kelahiran Sepanyol itu menduduk tempa kedua dengan 27.2% sementara pemenang bagi bulan Ogos dan September, Santi Cazorla memperolehi undian ketiga tertinggi dengan 12.2%. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman web rasmi www.arsenal.com.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply