[BULETIN] SANTI CAZORLA TINGGAL DI KAWASAN ELIT HAMPSTEAD

Santi Cazorla yang menyertai Arsenal pada 7 Ogos 2012 yang lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £11.5 juta dari kelab La Liga, Malaga memilih untuk tinggal berhampiran dengan beberapa pemain Arsenal di kawasan elit, Hampstead. Santi Cazorla dan rakan sepasukan masih dapat menikmati suasana kota London serta berdekatan dengan pusat latihan Arsenal di London Colney.

Meskipun tinggal di kawsan elit, namun pemain berusia 27 tahun merasakan kawasan kejiranan itu merupakan tempat yang sangat bagus dan sesuai untuk keluarganya, Ursula dan Enzo.

“Saya memiliki Hampstead kerana kawasana ini merupakan tempat yang sangat bagus untuk saya, keluarga dan anak saya,” kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

“Ramai yang mengatakan bahawa orang-orang terkenal yang tinggal di sana dan itu hanya kebetulan sahaja kerana saya sering pergi ke restoren Itali untuk makan malam dan menonton filem-filem (Anthony Hopkins).”

Santi Cazorla mengakui bahawa Mikel Arteta merupakan individu yang banyak membantu dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kota London.

“Setakat ini, saya sangat gembira di sini. Saya merasakan seperti rumah saya dan sudah mula membiasakan diri dengan kehidupan sehari-harian di England. Kehadiran Arteta banyak membantu saya dan saya juga berterima kasih kepada pemain-pemain Arsenal yang memberikan sambutan hangat kepada saya,” kata Santi Cazorla lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply