[BULETIN] PERPINDAHAN TOMAS ROSICKY KE AS ROMA TIDAK BENAR

Agen Tomas Rosicky menegaskan bahawa khabar angin yang mengaitkan perpindahan pemain tengah Republik Czech itu ke As Roma pada jendela perpindahan Januari nanti adalah tidak benar. Terdahulu, pemain berusia 32 tahun yang baru pulih dari kecederaan serius sejak Jun lalu dilaporkan bersedia menerima tawaran £5 juta daripada AS Roma lantaran kesukaran mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal.

Arsenal juga dilaporkan bersedia untuk melepaskan kapten Republik Czech lantaran memiliki ramai pemain-pemain tengah berkualiti seperti Santi Cazorla, Mikel Arteta, Jack Wilshere, Abou Diaby, Aaron Ramsey, dan Alex Oxlade-Chamberlain sekaligus menwujudkan persaingan sengit untuk merebut posisi di bahagian tengah dalam skuad utama Arsenal.

The Little Mozart kembali menjalani latihan dua minggu lalu selepas hampir 6 bulan kerana mengalami kecederaan tendon archilles dalam perlawanan EURO 2012 ketika membantu Republik Czech menewaskan Greece 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan.

“Adakah AS Roma berminat dengan Tomas (Rosicky)? Tidak, sama sekali tidak benar,” kata Pavel Paska kepada gazzettagiallorossa.it.

“Pemain saya (Rosicky) hanya berfikir untuk kembali turun ke padang dan berlatih dengan gigih untuk memastikan dia cergas sepenuhnya secepat mungkin. Dia mungkin kembali beraksi Januari nanti.”

“Tidak sebarang hubungan dengan AS Roma. Saya tidak pernah dihubungi oleh kelab itu,” kata agen Rosicky itu lagi.

Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun untuk terus kekal di Emirates pada 12 Mac 2012 yang lalu. Pemain berusia 32 tahun ini turut dipilih selaku pemain Arsenal ke-3 terbaik selepas Robin van Persie dan Mikel Arteta berdasarkan undian yang dilakukan menerusi laman web rasmi Arsenal.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply