[BULETIN] JACK WILSHERE BAKAL KAPTEN TERMUDA ARSENAL?

Arsenal kini sedang mengadakan perbincangan untuk kontrak baru Jack Wilshere meskipun kontrak lamanya masih berbaki 2 setengah tahun lagi. Pemain berusia 20 tahun kembali beraksi bersama The Gunners selepas diketepikan selama 15 bulan kerana mengalami kecederaan lutut dan buku lali yang serius. Kepulangan Wilshere tampak berjaya memberi kekuatan baru buat Arsenal selepas mengharungi prestasi yng tidak konsisten permulaan musim ini.

Dengan kontrak baru ini, Jack Wilshere bakal menerima gaji hampir sekali ganda daripada yang diterimanya kini sekaligus menjadi antara pemain yang menerima gaji termahal di Arsenal sebaris dengan Lukas Podolski yang memperoleh £90,000 seminggu. Selain itu, Wenger dilaporkan bersedia untuk menjadikan produk akademi Arsenal ini sebagai kapten The Gunners yang baru mengantikan Thomas Vermaelen.

Rencana untuk menjadikan Jack Wilshere selaku skipper baru Arsenal merupakan formula terbaik untuk menjadi nadi kebangkitan Arsenal lantaran dia memiliki semangat bermain yang berbeza dengan pemain-pemain yang bukan dilahirkan daripada akademi bola sepak Arsenal. Kualiti yang dimiliki oleh Wilshere bakal mejadikannya dirinya sebagai kapten The Gunners sejati setanding dengan Tony Adams.

Pemain berusia 20 tahun ini sememangnya bermain sepenuh hati untuk Arsenal selain turut memiliki sifat pembela yang yang tinggi terutama apabila pemain-pemain Arsenal dikasari. Sebelum ini, Wenger pernah menjadikan Cesc Fabregas selaku kapten Arsenal ketika berusia 21 tahun. Begitu juga dengan seorang lagi kapten lagenda Arsenal, Tony Adams yang turut memakai lilitan kapten ketika berusia 21 tahun.

Jaringan Jack Wilshere ketika menentang HSC Montpellier sekembalinya daripada kecederaan yang panjang yang menyaksikan pemain muda itu terlepas aksi sepanjang musim 2011/12.

Pemain tengah kreatif Arsenal turut meraikan detik istimewa tersebut bersama-sama staf perubatan Arsenal yang membantu memulihkannya semasa mengalami kecederaan lalu.

Jack Wilshere menyertai akademi bola sepak Arsenal ketika berusia 9 tahun pada Oktober 2001 turut meraih anugerah selaku Pemain Muda Terbaik PFA 2010/11 pada debut musim pertamanya bersama The Gunners. Anak kelahiran Stevenage, England ini dilihat sebagai calon terbaik untuk mengalas tugas selaku skipper Arsenal yang baru dan sememangnya Jack Wilshere memiliki DNA Arsenal yang sejati.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply