[BULETIN] GIROUD, COQUELIN SANGKA PERLAWANAN TAMAT

Kebangkitan The Gunners dari ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama untuk mengikat kedudukan 4-4 menyebabkan dua pemain Arsenal tidak dapat menyembunyikan kegembiraan lantas melontarkan jersi mereka kepada peminat. Malangnya, Olivier Giroud dan Francis Coquelin terpaksa meminta semula jersi mereka kerana perlawanan akan memasuki masa tambahan 30 minit dan penentuan sepakan penalti jika kedudukan masih terikat.

Tindakan penyokong yang memulakan semula jersi tersebut jelas mengharukan Giroud dan Coquelin di mana mereka berterima kasih atas tindakan sporting daripada penyokong berkenaan.

“Saya sakang dalam kejohanan Piala Liga jika kedudukan seri akan ada perlawanan ulangan. Itula sebab mengapa saya membalingkan jersi saya kepada kumpulan penyokong Arsenal,” kata Olivier Giroud kepada wartawan.

“Saya kehilangan idea dan tiada jersi tambahan dan salah seorang pemain simpanan menyuruh saya mendapatkan kembali jersi saya. Dan saya sangat berterima kasih kepada dia (yang memulangkan jersi).”

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal bangkit mengikat kedudukan menerusi jaringan Walcott (min 45+), Giroud (min 64), Koscielny (min 89) dan Jenkinson (90+) sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Arsenal kemudiannya berjaya mengesahkan kemenangan menerusi jaringan 2 jaringan Chamakh (min 103 dan 120) serta jaringan Walcott pada (min 120) meskipun Pavel Pogrebnyak cuba merapakan jurang menerusi jaringan pada minit ke-115.

“Ia merupakan kebangkitan menakjubkan di mana kami memiliki keyakinan yang baik,” kata penyerang antarabangsa Perancis itu lagi.

“Kami berjaya membetulkan keadaan. Kami bangkit dari ketinggalan untuk mengheret perlawanan.”

“Ia merupaka tugas sukarĀ  dan kami berjaya mengekalkan konsentrasi sehingga perlawanan tamat,” kata Giroud lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply