[BULETIN] GIANCARLO POVEDA PILIH BARCELONA

Arsenal hampa apabila pemain sayap remaja Columbia, Giancarlo Poveda yang menjalani sesi latihan beberapa minggu bersama Arsenal memilih untuk menyertai akademi bola sepak La Masia. Pemain sayap berbakat berusia 14 tahun itu menjadi rebutan antara Arsenal dan Barcelona namun lebih cenderung untuk berhijrah bersama kelab Catalan itu yang dilihat memiliki masa depan yang lebih cerah.

Poveda meninggalkan Puerto Malagueno untuk mengembangkan karier bola sepak dan bakal memulakan beberapa aksi perlawanan persahabatan dengan kelab Sepanyol itu menentang Jabac, Selasa ini. Dengan keluarganya kini menetap di Malaga, Giancarlo Poveda hampir pasti menandatangani perjanjian bersama Barcelona.

Sebelum ini, Barcelona turut kehilangan dua pemain muda berbakat kepada Arsenal, Jon Toral dan Hector Bellerín tahun lalu yang merupakan sebahagian daripada produk akademi La Masia. Terdahulu, Barcelona turut berjaya mendapatkan kembali khidmat bekas pemain remajanya, Cesc Fabregas yang menyertai Arsenal ketika berusia 16 tahun dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £35 juta pada musim panas tahun lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply