[BULETIN] EMMANUEL FRIMPONG DIPINJAMKAN KE CHARLTON ATHLETIC

Emmanuel Frimpong menyertai Charlton Athletic secara pinjaman sehingga 1 Januari 2012. Pemain tengah Arsenal berusia 20 tahun itu kembali selepas berehat panjang selama 7 bulan kerana kecederaan melalukan dua kemunculan bersama skuad utama The Gunners ketika membantu kemenangan ke atas Coventry City dan Reading dalam saingan Piala Capital One.

Musim lalu, Frimpong beraksi sebanyak 14 kali sebelum dipinjamkan ke Wolves awal tahun lalu dengan menampilkan aksi yang memberansangkan. Namun, kecederaan ligamen lutut kiri pada penghujung Februari lalu menyaksikan pemain muda Arsenal gagal meneruskan kempen bersama Wolves dan kembali menjalani rawatan pemulihan di Arsenal.

Pemain kelahiran Kumasi, Ghana ini menyertai Arsenal sejak berusia 9 tahun lagi dan bakal menyertai Kejohanan Chris Powell bersama Charlton Athletic yang memberi peluang kepadanya untuk menimba lebih pengalaman. Frimpong turut menjadi sebahagian skuad remaja Arsenal yang menjulang kejuaraan Piala FA Remaja pada 2009.

Buat Emmanuel Frimpong, selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply