[BULETIN] DEBUT JENKINSON BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN ENGLAND

Pemain muda Arsenal, Carl Jenkinson, 20, diturunkan buat pertama dalam skuad England apabila hadir sebagai pemain simpanan pada minit ke-74 mengantikan bek kanan Liverpool, Glen Johnson dalam perlawanan menentang Sweden semalam. Jack Wilshere turut kembali beraksi bersama skuad kebangsaan England selepas 18 bulan diketepikan kerana kecederaan buku lali.

Pemain kelahiran Harlow, England ini memiliki darah campuran Inggeris (bapa) dan Finland (ibu) memulakan karier awal bersama Charlton Athletic sebelum menyertai The Gunners pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan £1 juta. Jenkinson memulakan debutnya bersama Arsenal ketika masuk menggantikan Johan Djourou dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Udinese pada 16 Ogos 2011.

Di pentas antarabangsa, Jenkinson pernah beraksi bersama squad England B-16 pada 2008 dan turut beraksi bersama skuad Finland B-19 dan B-21. Pada 15 October 2012, Roy Hodgson memanggil Jenkinson menjalani latihan bersama skuad utama England namun tidak dibawa dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Poland bulan lalu.

Dalam perlawanan di Friends Arena di Stockholm, Sweden itu, tuan rumah membuka jaringan menerusi Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-20 sebelum England berjaya mengatasi menerusi Danny Welbeck dan Steve Caulker pada minit ke-35 dan 38.

Namun, 3 jaringan menerusi Zlatan Ibrahimovic pada separuh masa kedua termasuk jaringan bicycle kick pada minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Sweden melakar kemenangan bergaya 4-2 ke atas The Three Lion di laman sendiri.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply