[BULETIN] CARL JENKINSON KEKAL DI ARSENAL SEHINGGA 2018

Pemain muda Arsenal paling meningkat naik musim ini, Carl Jenkinson dilihat bakal penganti ideal bagi mengisi kekosongan Bacary Sagna yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan dan Paris Saint Germain. Persembahan mantap yang dipamerkan oleh bek kanan berusia 20 tahun itu musim ini menyaksikan Roy Hodgson menyenaraikannya dalam skuad utama England dalam perlawanan persahabatan menentang Sweeden di Stockholm esok.

Carl Jenkinson dibawa dari Carlton Athletic dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £1 juta pada Jun 2011 sebagai penganti kepada Bacary Sagna yang kini berusia 29 tahun. Perjanjian baru yang baru ditandatangani ini menyaksikan pemain bek kanan ini bakal menerima gaji sebanyak £32,000 dan terus kekal di Emirates sehingga 2018.

Pengurus England, Roy Hodgson mengakui teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh Jenkinson bersama Arsenal musim ini dan masih menunggu masa yang sesuai sebelum membawanya beraksi bersama skuad Three Lions.

“Antara sebab mengapa kami tidak mula menyenaraikan Carl (Jenkinson) sejak dari mula kerana kami belum mendapat penjelasan daripada FIFA dan kami percaya mereka masih mencari penjelasan mengenainya dalam tempoh sehari dua lagi,” kata Hodgson kepada FA TV.

“Jika dia situasinya sudah jelas, kami akan meletakkannya dalam skuad. Dia sudah menjalani latihan bersama kami sebelum kami berlepas ke Poland (bulan lalu).”

“Saya sangat jelas mahukan dia jika dia mahu beraksi bersama England. Saya pasti akan menyenaraikannya,” kata pengurus England itu lagi.

Status Carl Jenkinson mencetuskan konflik lantaran dia memiliki darah campuran Inggeris-Finland dan pernah beraksi bersama skuad England B-17 dan skuad Finland B-19 sebelum ini. Musim lalu, pemain berusia 20 tahun mendapat debut bersama skuad utama Arsenal pada 16 Ogos 2011 apabila masuk menggantikan Johan Djourou ketika menentang Udinese dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara Eropah.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply