[BULETIN] ARSENAL-EMIRATES TANDATANGANI KONTRAK LANJUTAN

Arsenal-Fly-Emirates-sponsorshipArsenal FC dan Emirates telah mengumumkan persetujuan penajaan bernilai £150 juta bagi tempoh lanjutan selama 5 tahun. Kontrak asal kedua-dua pihak bakal berakhir pada 2014-2015 namun berdasarkan penjanjian baru ini akan menyaksikan logo Emirates akan terus terpampang di jersi Arsenal sehingga penghujung musim 2018-2019. Sementara itu, hak penjenamaan Stadium Emirates pula akan kekal sehingga tahun 2028.

Emirates merupakan syarikat penerbangan yang paling pantas berkembang di dunia sejak mula beroperasi pada 1985. Syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai, UAE ini memiliki 2500 operasi penerbangan seminggu dengan 122 bandar di 74 negara merentasi 6 benua. Emirates turut mendapat pengiktirafan selaku ‘Airline of the Year’ bagi tahun 2011. Perjanjian itu telah dimuktamadkan di Stadium Emirates oleh CEO Arsenal, Ivan Gazidis dan Naib Presiden Emirates Bahagian Komunikasi Korporat, Boutros Boutros.

“Ini merupakan hari yang mengembirakan bagi Arsenal FC dan seluruh peminat-peminat,” kata Ivan Gazidis.

“Perjanjian tersebut merupakan bukti dari pendekatan Arsenal serta kemampuan kami yang telah berkembang pada beberapa tahun terakhir dan juga merupakan bukti dari kekuatan hubungan kami dengan Emirates.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Perjanjian asal dengan Emirates merupakan kunci pengerak kepada perpindahan dari Stadium Highbury dan ini merupakan fasa lanjutan dalam perhubungan kami yang lebih kritikan untuk kami mengekalkan persembahan pada tahap terbaik di pentas England dan Eropah.”

“Emirates meruakan rakan kerja yang sempurna bagi Arsenal dan kami gembira dengan perjanjian baru ini,” kata Ivan Gazidis lagi.

Penjenamaan Emirates akan menjadi sebahagian daripada Arsenal dan perjanjian ini memberi hak nilai pemasaran yang akan memberi kesan besar kepada syarikat penerbangan tersebut serta memastikan Emirates terus bertahta di hati peminat Arsenal di United Kingdom dan seluruh dunia. Sementara itu, Emirates turut gembira dengan persetujuan perjanjian ini.

arsenal-emirates-stadium-london“Arsenal memiliki daya tarikan yang kuat di seluruh dunia dan sangat bercita-cita besar dalam bola sepak seiring dengan sasaran kami menjadikan mereka merupakan rakan kerja yang bernilai bagi penjenamaan kami,” kata CEO dan Pengerusi Kumpulan dan Syarikat Penerbangan Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.

“Kami meneruskan untuk melihat nilai yang tidak dapat diukur dalam penajaan sukan global dengan Arsenal tiada bezanya. Kelab ini sangat penting dalam pertumbuhan peniagaan kami sejak dekad lalu kami yakin akan meneruskan sebagai sebahagian daripada perjanjian lanjutan kami.”

“Kerjasama merupakan kombinasi sempurna bagi dua jenama global. menerusi rangkaian global kami dan penajaan sukan terpilih, Emirates kekal utuh dan menghormati penyokong di seluruh dunia untuk membentu gandingan mantap,” kata Sheikh Ahmad lagi.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama ini, Arsenal telah membuka Sekolah Bola Sepak Arsenal di Dubai pada 2010 dengan 4,000 bakat muda sudah mula menjalani latihan di sana. Perjanjian pertama dengan Emirates bermula pada 2004 dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan dan hak penjenamaan stadium sehingga 2021 serta penajaan jersi bermula pada musim 2006/07.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply