[BULETIN] ARSENAL DAN ADIDAS BAKAL METERAI PERJANJIAN

Arsenal dilaporkan tidak akan meneruskan perjanjian penajaan jersi kelab selama 18 tahun bersama Nike yang bakal berakhir pada penghujung musim 2013/14 selepas menerima tawaran yang lebih lumayan daripada Adidas dengan peningkatan nilai penajaan berjumlah £13 juta setahun. Setiap tahun, secara purata seramai 800,000 helai jersi Arsenal dijual oleh Nike, ketiga tertinggi selepas Manchester United dan Barcelona.

Musim lalu, Adidas mengugurkan Liverpool daripada senarai kelab yang di bawah tajaan selepas gagal mencapai kata sepakat bagi perjanjian baru dengan The Reds. Kini, Adidas mencari kelab baru untuk ditaja bagi mengukuhkan lagi penjenamaanya selaku antara pengeluar produk sukan yang berpengaruh di dunia.

Adidas kini dilaporkan bersedia untuk menjalin kembali kerjasama dengan The Gunners selepas kali terakhir pada tahun 1994 yang dilihat mempunyai kepentingan yang strategik.

Pengeluar barangan sukan yang berpangkalan di Herzogenaurach, Jerman ini turut mensasarkan untuk mengikat perjanjian dengan sebuah lagi kelab London, Fulham selepas kontrak The Cottagers dengan Kappa bakal tamat pada penghujung musim ini. Adidas turut berjaya menjadi penaja jersi bagi pasukan Chelsea, yang juga berpangkalan di London sejak tahun 2006 dan akan terus komited bersama The Blues meskipun dipalit dengan kontroversi John Terry dan Ashley Cole.

Nilai perjanjian penajaan jersi Arsenal telah menurun sejak 8 musim yang lalu dengan Arsenal dlilihat terdesak untuk menjamin sumber pendapatan tunai bagi membiayai kadar feadah pinjaman pembinaan stadium yang bernilai lebih £400 juta. Dengan perjanjian baru bersama syarikat yang dikenali sebagai ‘The Brand with 3 Stripes‘, Arsenal dilihat bakal menambah pendapatan sekali ganda sebanyak £25 juta setahun.

Sementara itu, Manchester United turut mengharap peningkatan nilai penajaan meskipun sudah menerima £23.5 juta setahun daripada Nike yang juga manfaat daripada perjanjian tambahan perkongsian keuntungan, dengan memberi petunjuk kepada Arsenal untuk mencari penaja baru. Perjanjian Adidas dengan Real Madrid, yang merupakan pelanggan utama dengan nilai perjanjian dianggarkan berjumlah €40 juta setahun.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply