[BULETIN] ARSENAL BAKAL KE INDONESIA MUSIM PANAS 2013

Arsenal FC mengumumkan bahawa skuad Arsenal bakal berkunjung ke Jakarta, Indonesia bagi siri jelajah pra-musim 2013. Ini merupakan kunjungan pertama The Gunners ke Indonesia selepas kali terakhir pada 1983. Asia sudah menjadi destinasi jelajah pra-musim sejak dua musim kebelakangan ini dengan China, Hong Kong dan Malaysia menjadi medan Arsenal melakukan persiapan menghadapi saingan musim baru.

Pengesahan mengenai kunjungan ke Indonesia ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis yang turut menyerahkan replika jersi Arsenal kepada Susilo Bambang Yudhoyono di No. 10, Downing Street, London sempena kunjungan rasmi presiden Indonesia itu ke United Kingdom baru-baru ini.

Ivan Gazidis berkata : “Semua pihak di Arsenal teruja untuk mengunjungi Asia dan bertemu peminat di Indonesia di mana ini merupakan kunjungan pertama kelab selepas 30 tahun.”

“Kami tahu Arsenal sangat gembira dengan sokongan-sokongan peminat di Indonesia dan kami mahu membawa kelab lebih dekat kepada peminat-peminat setia di sana serta mempelajari mengenai negara yang kaya dengan warisan dan budaya.”

Perlawanan ini bakal diuruskan dan dipromosikan oleh Indonesia dengan kerjasama rakan kerja Arsenal, RCTI dan Pro Events. Maklumat lanjut mengenai perlawanan dan jadula siri jelajah pra-musim ini akan diumumkan kelak.

Pada Julai 2011, Arsenal mengunjungi Hangzhou, China dan Kuala Lumpur, Malaysia dengan mengadakan perlawanan persahabatan di sana. Tahun ini, Arsenal sekali kembali ke Asia dengan mengunjungi Kuala Lumpur, Malaysia dan Hong Kong serta Stadium Sarang Burung (Beijing’s Bird’s Nest Stadium), China dengan pelbagai aktiviti menarik bersama peminat-peminat tempatan serta turut mengadakan perlawanan persahabatan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply