[BERITA] NAZMI FAIZ MANSOR TIDAK DIPANGGIL MENYERTAI PIALA SUZUKI AFF 2012

Timbul persoalan dan spekulasi mengenai pemain muda sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor yang tidak pulang membantu skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2012 yang bakal bermula 8 hari lagi. Pemain tengah berusia 18 tahun itu kini beraksi bersama kelab Primeira Liga, SC Beira-Mar selepas cemerlang membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea ke-26 pada 2011 yang lalu.

Lantaran usia yang masih muda dan kurang pengalaman, anak kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu kini beraksi bersama pasukan SC Beira-Mar B-19 sebelum diserap ke dalam skuad utama. Di sebalik isu yang timbul, Nazmi Faiz menjelaskan dia sama sekali tidak menerima panggilan daripada Datuk K. Rajagopal untuk menyertai  skuad Harimau Malaya yang bakal turun dengan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 2 tahun lalu itu.

Pemain berusia 18 tahun ini nyata kecewa kerana tidak dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan yang bakal memulakan saingan menentang Singapura pada Ahad depan. Namun, Nazmi Faiz tetap positif dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

“Bukan sombong atau lupa diri tapi secara jujurnya saya memang tidak menerima sebarang panggilan daripada skuad kebangsaan untuk beraksi pada Piala Suzuki AFF 2012,” kata Nazmi Faiz ketika ditemubual oleh media baru-baru ini.

“Keputusan menyertai skuad kebangsaan bukan terletak di tangan saya, jadi dengan rasa rendah diri saya berpendapat jika tidak dipanggil, ini bermakna khidmat saya tidak diperlukan. Dalam hal ini, jurulatih lebih arif daripada saya.”

Selain Nazmi Faiz, jurulatih kebangsaan turut tidak menyenaraikan Badhri Radzi dan Nor Farhan Muhamad, Ashari Shamsudin (Terengganu), Muslim Ahmad (Johor), Asraruddin Putra Omar dan Amri Yahya (Selangor) dan Irfan Fazail (Harimau Muda) dalam senarai kuad kebangsaan menghadapi kejohanan bola sepak terbesar di Asia Tenggara ini.

Produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini turut menjelaskan bahawa kelabnya bersedia memberi pelepasan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan lebih-lebih lagi pemain tengah itu tidak mempunyai tugas besar bersama SC Beira-Mar ketika ini. Nazmi Faiz turut menyatakan kesediaanya untuk mencurahkan keringat andai dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Nazmin Faiz kini tedah menghabiskan tempoh 4 bulan pertama di Primeira Liga selepas menandatangani kontrak 3 tahun bersama SC Beira-Mar pada Jun lalu dengan menerima gaji bulanan dianggarkan sebanyak RM 300,000. Ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara.

Incoming search terms:

  • nazmi faiz
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply