[BERITA] JERSI BARU MALAYSIA 2012/13 DILANCARKAN

Nike memperkenalkan jersi baru (home playing kit) skuad Malaysia bagi tahun 2012/13 yang dilancarkan secara rasminya pada 12 November 2012. Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal kini berada di fasa-fasa terkahir persediaan bagi menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2012 yang bakal bermula hujung bulan.

Jersi baru ini terus mengekalkan warna tradisi hitam dan kuning yang turut ditampilkan dengan bendera Malaysia di dada sebelah kiri manakala logo Nike di dada sebelah kanan sementara jersi penjaga gol pula berwarna biru.

Malaysia berdepan tugas sukar selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF untuk mengulangi pencapaian cemerlang di Jakarta, Indonesia dua tahun lalu.

Jersi baru Harimau Malaya ini akan mula dijual pada 15 November 2012 dengan harga RM229 di store Nike dan pengedar-pengedar yang sah. Ayuh kita semarakan sokongan buat skuad kebangsaan negara kita.

Incoming search terms:

  • jersi baru malaysia
  • aff suzuki cup 2012
  • malaysia aff 2012
  • jersi malaysia aff 2012
  • harimau malaya logo
  • jersi malaysia 2012
  • aff suzuki cup 2012 malaysia
  • piala suzuki 2012
  • jersi malaysia
  • piala suzuki aff 2012
This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply