[BERITA] ATLETICO SPORT CLUBE MINAT AKSI FAKRI SAARANI

Ahmad Fakri Saarani bakal mengikut jejak langkah Nazmi Faiz Mansor untuk beraksi dalam Liga Portugas selepas mendapat jemputan menjalani ujian percubaan selama 3 hari bersama kelab Divisyen 3 Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos. Penyerang kebangsaan berusia 23 tahun itu berjaya menarik perhatian skuad peninjau kelab Portugal itu dengan aksi yang memberansangkan bersama skuad kebangsaan dan kelab Felda United.

Atletico Sport Clube Reguengos merupakan kelab bola sepak Liga Portugal yang ditubuhkan pada 1929 kini menghuni kedudukan ke-4 liga daripada 12 pasukan dengan 12 mata selepas 7 perlawanan. Fakri Saarani yang sudah menyambung kontrak bersama Felda United dilihat antara prospek muda berbakat besar yang mampu menyinar dalam saingan Liga Portugal kelak.

Ahmad Fakri Saarani menjadi antara tonggak utama skuad B-23 yang memenangi pingat emas Sukan 2009 dan 20011 lalu selain turun menganggotai pasukan kebangsaan yang menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali pada 2010. Kecemerlangan Fakri turut terserlah ketika beraksi di bawah bimbingan Ong Kim Swee dalam skuad Harimau Muda A.

Pemain kelahiran Kelantan ini kini bakal mengalas tugas bersama skuad kebangsaan bagi mempertahan Piala Suzuki AFF 2012 yang bakal bermula 25 November ini dan dijangka akan menjalani ujian percubaan selepas kejohanan berakhir pada 22 Disember 2012.

Jika berjaya, Fakri akan dibawa masuk ke kelab Portugal itu pada jendela perpindahan Januari nanti.

Agen bola sepak, Marco Guimaraes yang bertanggungjawap menjemput Fakri Saarani beraksi dalam Liga Portugal mengakui kualiti yang dimiliki oleh penyerang kebangsaan itu.

“Fakri seorang penyerang yang berkualiti di mana dia boleh beraksi sebagai pemain sayap tetapi kecederaan menganggu tahap keyakinan dirinya dalam Liga Malaysia. Namun, dia berjaya mendapat prestasinya kembali,” kata Marco Guimaraes kelmarin.

“Dia seorang pemain yang bijak, pantas dan memiliki kaki yang lincah serta kerja keras. Pada usia 23 tahun, dia sudah mendapat peluang beraksi secara tetap dalam skuad kebangsaan. Secara keseluruhannya, dia pemain yang sangat bagus.”

“Saya percaya dia mampu mengikut jejak langkah Nazmi Faiz Mansor di mana cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Portugal bersama Biera-mar. Saya yakin dia mampu memberi impak yang besar di Portugal nanti.”

Fakri Saarani yang dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan namun membesar di Batu Gajah memulakan karier awalnya bersama pasukan remaja Perak pada 2006 sebelum menyertai skuad Harimau Muda pada 2008.

Setahun kemudian, Fakri berkelana lagi bersama pasukan Perlis selama 2 musim pada 2009 sebelum sebelum dipikat oleh Negeri Sembilan pada 2011. Pemain berusia 23 tahun akhirnya menyertai oleh Felda United pada musim 2012 sehingga kini.

“Atletico mahu melihat lebih banyak aksi dia di mana tidak banyak video mengenai dirinya. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan kelab itu,” kata Guimaraes lagi.

“Jika segalanya berjalan lancar, dia mungkin akan menandatangani kontrak percubaan selama 6 bulan untuk kelab menilai sejauh mana dia mampu menyesuaikan diri dengan permainan di sana sebelum ditawarkan kontrak jangka masa panjang.”

Marco Guimaraes merupakan agen yang bertanggungjawap membawa Nazmi Faiz beraksi dalam Liga Portugal bersama Beira-Mar dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Incoming search terms:

  • fakri saarani
  • fakri saarani kelab portugal
  • ahmad fakri saarani
  • fakri saarani portugal
This entry was posted in Berita and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply