[ARTIKEL] 10 FAKTA MENARIK MENGENAI FERENC PUSKAS

ferenc-puskas-biro-hungary-legendDi sebalik nama-nama besar bola sepak abad ke-20, bintang bola sepak Hungary ini merupakan antara penyerang yang digeruni pada 1950-an dan 1960-an. Ferenc Puskas turut berjaya mengatasi penyerang-penyerang yang hebat untuk dipilih selaku ‘Football’s Top Scorer of the 20th Century’ dan merupakan antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Ketajaman penyudah dan kelincahan di atas padang sentiasa menjadi igauan buat pasukan lawan.

Ferenc Puskás Biro dilahirkan pada 2 April 1927 di Budapest, Hungary. Lagenda bola sepak Hungary yang berketinggian 1.69m mendapat beberapa gelaran termasuk ‘Mighty Magyars’ dan ‘The Galloping Major’. Ferenc Puskas pernah beraksi bersama beberapa kelab antaranya Kispest AC, Budapest Honved dan Real Madrid serta turut membintangi skuad kebangsaan Hungary dan Sepanyol dengan menjaringkan 512 gol dalam 528 perlawanan. Berikut Arsenal4u.com menyenaraikan 10 fakta menarik mengenai Ferenc Puskas.

1-ETNIK DANUBE SWABIANSferenc-puskas

Ferenc Puskás telah dibesarkan di Kispest, sebuah perkampungan berdekatan dengan ibu kota Budapest. Bapanya, Ferenc Sr. merupakan etnik Danube Swabian yang berasal dari Jerman namun keluarga mereka telah berasimilasi menjadi bangsa Hungary. Nama asal keluarga Puskas pula ialah Purczeld sebelum ditukar pada 1937.

2-GENERASI KEDUA BOLA SEPAK

Bapa Puskas, Ferenc Sr. atau Ferenc Puskas I merupakan seorang pemain yang beraksi di posisi pertahanan tengah bersama Kispest AC dan skuad kebangsaan Hungary sekitar 1930-an termasuk beraksi di Piala Dunia 1934. Setelah bersara, Ferenc Sr. menjadi pengurus bola sepak kepada kelab Kispest AC dan Budapest Honvéd SE pada tahun 1940-an.

3-KARIER AWAL BERSAMA KISPEST AC

puskas_ferenc_hungaryFerenc Puskas memulakan karier awal bersama Kispest AC sebelum menyertai secara rasmi pada 1939 dan telah mendapat debut dalam skuad utama pada November 1943 ketika berusia 16 tahun. Kemudiannya, Kispest AC diambil alih oleh Kementerian Pertahanan Hungary dan menjadi sebahagian daripada tentera Hungary dan nama kelab tukar nama kepada Budapest Honved pada 1949. Lantaran itu, Ferenc Puskas menerima pangkat mejar dan digelar sebagai ‘The Galloping Major’.

4-THE MIGHTY MAGYARS

ferenc-puskas-mighty-magyarsDebut antarabangsa Ferenc Puskas bersama skuad kebangsaan Hungary pada 20 Ogos 1945 dengan menjaringkan 1 gol ketika berusia 18 tahun.  Sepanjang penampilan bersama Hungary, Ferenc Puskas telah menjaringkan 84 gol daripada 85 perlawanan. Beliau telah memenangi Liga Hungary sebanyak 5 kali dan berjaya muncul selaku penjaring terbanyak Liga Hungary sebanyak 4 kali serta menjadi penjaring gol terbanyak di Eropah pada 1948.

5-PENGGEMPUR BERBISA REAL MADRID

ferenc-puskas-with-real-madridFerenc Puskas menyertai Real Madrid pada 1958 ketika berusia 31 tahun dan menjadi antara pengempur yang digeruni di Eropah dengan menjaringkan 374 goal dalam 358 perlawanan. Bersama Los Blancos, Puskas telah berjaya membantu menjulang 3 kejuaraan Eropah (1959,1960,1966), 5 kejuaraan La Liga (1960/61,1961/62,1962/63,1963/64,1964/65), Piala Sepanyol (1961/62) dan Piala Intercontinental (1960) serta meraih 4 anugerah Pichichis (Penjaring Terbanyak Liga Sepanyol).

6-AKSI BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN SEPANYOL

Pada tahun 1962, Ferenc Puskas memperoleh kerakyatan Sepanyol dan telah beraksi sebanyak 4 kali bersama skuad kebangsaan Sepanyol di mana 3 daripadanya dalam kejohanan Piala Dunia 1962 ketika berusia 35 tahun namun beliau gagal mencetak sebarang gol. The Mighty Magyars akhirnya mengumumkan persaraan pada 1967 ketika berusia 40 tahun.

7-GENERASI EMAS BOLA SEPAK HUNGARY

hungary-golden-teamBersama Zoltan Czibor, Sandor Kocsis, Jozsef Bozsik dan Nandor Hidegkuti, beliau membentuk ‘Hungary Golden Team’ yang merangkul pingat emas Sukan Olimpik 1952 dengan menewaskan Yugoslavia 2-0 di perlawanan akhir. Ferenc Puskas menjadi nadi skuad kebangsaan Hungary yang tidak kalah dalam 32 perlawanan sepanjang tempoh 4 tahun sebelum tewas 2-3 kepada Jerman Barat pada perlawanan akhir Piala Dunia 1954.

8-NAMA STADIUM NEPSTADION

stadium-puskas-ferencNépstadion (Stadium Rakyat) merupakan stadium utama di Budapest, Hungary yang dibuka secara rasmi pada 1953. Stadium berkapasiti 56,000 penonton ini kemudiannya ditukar nama kepada Ferenc Puskas Stadium pada 2002 bagi mengiktiraf pencapaian dan sebagai penghormatan Ferenc Puskas Biro dan sumbangannya kepada bola sepak Hungary. Namun, stadium ini telah dirobohkan dan bakal dibina sebuah Stadium Ferenc Puskas yang baru pada tahun 2012.

9-PENYERANG TERBAIK ABAD KE-20

Pada 1995, Ferenc Puskas telah dipilih selaku Penjaring Gol Terbaik Abad ke-20 dan antara 10 Pemain Terbaik Dunia Abad ke-20 oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) – sebuah organisasi di bawah naungan FIFA. Penyerang prolifik ini memiliki rekod jaringan yang mengagumkan dan berjaya menjaringkan 512 gol dalam 528 perlawanan utama. Mighty Magyars turut dipilih selaku Pemain Terbaik Eropah (L’Equipe) dan Pemain Terbaik Hungary Abad ke-20.

10-ANUGERAH PUSKAS FIFA

Fifa-Puskas-AwardsFIFA mengumumkan untuk memperkenalkan Anugerah Puskas FIFA pada Oktober 2009 sebagai penjenamaan bagi Anugerah Gol Terbaik Tahunan FIFA yang mengiktiraf jaringan yang paling cantik sepanjang tahun. Penamaan ini merupakan penghormatan atas pencapaian luar biasa Ferenc Puskas selaku pengempur yang digeruni di dunia. Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar serta yang terbaru Miroslav Stoch antara pemain yang pernah menjulang anugerah ini.

Setelah bersara selaku pemain bola sepak, Ferenc Puskas telah menjadi pengurus bola sepak kepada beberapa kelab di Eropah, Amerika Utara, Amarika Selatan, Asia, Afrika dan Australia serta skuad kebangsaan Hungary sebanyak 4 perlawanan pada 1993. Lagenda bola sepak Hungary ini kemudiannya menderita penyakit Alzheimer pada 2000 dan meninggal dunia pada 17 November 2006 ketika berusia 79 tahun kerana penyakit pneumonia.

Incoming search terms:

  • fakta unik ferenc puskas
  • uniknya frenc puskas
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply