[ANALISIS] KEPULANGAN WILSHERE SANGAT PENTING BAGI ARSENAL

Jack Wilshere melakukan kepulangan sensasi hujung minggu lalu ketika Arsenal menewaskan Queens Park Rangers 1-0 menerusi jaringan tunggal Mikel Arteta. Pemain berusia 21 tahun itu telah beraksi selama 62 minit ketika menentang QPR selepas berehat panjang lebih 14 bulan kerana mengalami kecederaan buku lali ketika jelajah pra-musim menentang New York Red Bulls.

Pemain tengah England itu menampilkan aksi yang memberansangkan dalam perlawanan menentang QPR lalu dan bakal menjadi nadi pengerak di bahagian tengah Arsenal menentang Man United malam ini. Kepulangan itu tepat pada masanya lantaran seorang lagi pemain tengah Arsenal, Abou Diaby terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan paha.

Kehadiran Wilshere dalam kesebelasan utama Arsenal bakal menyuntik semangat di kalangan rakan-rakan sepasukan dan memberikan lebih gerakan-gerakan kreatif The Gunners.

Ini sekaligus mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh attacking midfielder Arsenal, Santi Cazorla dalam usaha membuka ruang buat jentera serangan Arsenal menjaringkan gol.

Ketiadaan Abou Diaby jelas dirasai menyaksikan Arsenal tewas 3 kali dan menang 2 kali namun kehadiran Wilshere memberi kekuatan baru buat skuad Arsenal.

Taktikal menggunakan 2 defensive midfielder yang digunakan oleh pasukan Chelsea, Norwich City dan Schalke 04 berjaya mengekang pergerakan Santi Cazorla. Pemain attacking midfielder Arsenal itu dilihat tidak mempunyai ruang untuk membantu menjana serangan dan mencipta gerakan-gerakan berbahaya selepas ketiadaan Diaby dalam kesebelasan utama.

Namun kepulangan Wilshere bakal memberi tekanan tambahan buat lawan dalam usaha untuk mengekang pergerakan bahagian tengah Arsenal yang dilihat cukup berbahaya. Wilshere bakal memberi impak penting terutama di bahagian tengah padang menerusi hantaran tepat yang mengelirukan buat penyerang-penyerang Arsenal. Pemain berusia 21 tahun ini juga dilihat cergas sepenuhnya dan sedia diturunkan dalam perlawanan-perlawanan penting selepas ini.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply