[ANALISIS] KEHILANGAN DIABY PUNCA PRESTASI HAMBAR ARSENAL

Kecederaan paha yang dialami oleh Abou Diaby semasa perlawanan menentang Chelsea lalu menyaksikan Arsenal tewas buat pertama kali musim ini. Watak dan peranan yang dimainkan oleh Diaby sangat penting bagi memastikan prestasi Arsenal berada dalam tahap yang terbaik. Namun, pemain tengah Perancis yang disebut-sebut sebagai penganti Patrick Vieira ini sering dihimpit masalah kecederaan menyaksikan Arsenal tidak dapat mengunakan khidmatnya terutama dalam perlawanan penting.

Arsenal memulakan musim dengan agak menyakinkan apabila mencatatkan 3 keputusan seri dan 2 kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris serta satu kemenangan ke atas Montpellier dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Selepas ketiadaan Abou Diaby menyaksikan skuad bimbingan Arsene Wenger tewas 3 kali ketika menentang Chelsea, Norwich City dan Schalke 04.

Punca utama Arsenal tewas kepada ketiga-tiga kelab ini kerana mereka menggunakan khidmat 2 pemain yang bertindak selaku defensive midfielder bagi mengekang Santi Cazorla. Dalam perlawanan menentang Chelsea, Roberto de Matteo meletakkan Ramires dan Obi Mikel dengan mudahnya mampu mengunci pergerakan Cazorla yang tidak memiliki fizikal berbanding Diaby dalam usaha mencipta gerakan serangan ke gawang Chelsea.

Kedua-dua pemain ini diberi tugas untuk sentiasa berada di garisan tengah pada dengan mengekori rapat Santi Cazorla serta Aaron Ramsey. Selain berperanan dalam membantu serangan, Diaby juga bertindak sebagai anchorman dalam merantai key player pasukan lawan. Ketiadaan Diaby juga menyaksikan Eden Hazard selaku attacking midfielder Chelsea dilihat dapat bergerak bebas dalam mengucar-kacir pertahanan Arsenal bersama Juan Mata dan Oscar.

Taktikal ini nyata berkesan dengan penguasaan bola yang seimbang. Pengurus Norwich City, Chris Hughton turut mengunakan taktikal yang sama dengan menurunkan gandingan Bradley Johnson dan Jonny Howson di bahagian defensive midfielder sekaligus berjaya merantai pergerakan jentera tengah dan menyaksikan Arsenal gagal mencipta banyak gerakan menarik dan berbahaya di kawasan Norwich untuk menghasilkan gol.

Begitu juga ketika menentang Schalke 04 di mana Huub Stevens turut menggunakan 2 defensive midfielder iaitu Marco Hoger dan Roman Neustadter bagi merantai pergerakan pemain tengah Arsenal. Jika Diaby diturunkan pastinya situasi berbeza seperti ketika Arsenal cemerlang menundukkan Liverpool di Anfield awal September lalu. Diaby dilihat begitu bertenaga dan kelebihan fizikalnya menjadi aset dalam menghasilkan gerakan-gerakan kreatif bersama-sama Cazorla untuk jentera serangan Arsenal.

Musim lalu, gandingan Alex Song dan Mikel Arteta memainkan peranan yang sama dalam hampir keseluruhan perlawanan. Kecederaan Mikel Arteta pada penghujung musim menyaksikan Arsenal gagal meneruskan momentum kemenangan dengan keputusan perlawanan banyak berkesudahan dengan keputusan seri.

Peranan seorang atau dua orang defensive midfielder yang serasi bersama attacking midfielder adalah antara nadi utama kekuatan sesebuah pasukan. Musim lalu, Manchester City yang cemerlang pada awal musim namun mengalami penurunan prestasi pada bulan Januari dan Februari lantaran kehilangan Yaya Toure yang beraksi dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2012.

Begitu juga dengan Liverpool yang cemerlang pada musim 2008/09 dengan hampir menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris namun terpaksa akur dibezakan 4 mata dengan Manchester United. Musim berikutnya menyaksikan prestasi Liverpool merudum ekoran kehilangan pemain defensive midfielder, Xabi Alonso yang menyertai Real Madrid yang sangat berpengaruh di bahagian tengah bersama Steven Gerrard.

Lantaran itu, langkah penyelesaian jika Abou Diaby mengalami kecederaan adalah dengan memberi peluang kepada Coquelin atau Frimpong beraksi dengan lebih kerap atau Arsenal perlu mendapatkan seorang lagi pemain defensive midfielder yang berpengalaman dan berprofil tinggi dan pemain pilihan saya pastinya pemain tengah Rennes, Yann M’villa. Pemain berusia 22 tahun ini dilihat calon sesuai dan relevan dengan Arsenal berdasarkan pengalaman dan harga pemain tersebut.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply