[UCL] ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN SCHALKE 04

Arsenal berdepan tugas getir menanti kunjungan Schalke 04 di Stadium Emirates awal pagi nanti selepas kekalahan mengejut Sabtu lalu kepada Norwich City 1-0 di Carrow Road selain kehilangan beberapa pemain utama termasuk Kieran Gibbs, Abou Diaby, Theo Walcott, Oxlade-Chamberlain dan Wojciech Szczesny. Sementara itu, Schalke 04 pastinya turun penuh semangat ekoran kejayaan menunduk juara Bundesliga musim lalu, Borrussia Dortmund 1-2 di tempat lawan hujung minggu lalu.

Perlawanan pastinya sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya mahu mencari 3 mata penuh bagi mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas carta kumpulan B selepas 3 perlawanan sekaligus mencerahkan peluang melayakan diri ke pusing kalah mati. Arsene Wenger sekali lagi akan berada di bangku penonton kerana menjalani hukuman pengantungan 3 perlawanan oleh UEFA kerana mengkritik keputusan pengadil musim lalu.

Arsenal pastinya kehilangan beberapa tonggak yang mengalami kecederaan termasuk Alex Oxlade-Chamberlain (pinggang), Theo Walcott (rusuk), Kieran Gibbs (paha), Abou Diaby (paha) dan Wojciech Szczesny (buku lali). Sementara itu, Laurent Koscielny dan Jack Wilshere yang pulih dari kecederaan akan berada di bangku simpanan.

Pengurus Schalke 04, Huub Stevens pula bakal kehilangan khidmat pemain muda Jerman berusia 19 tahun, Julian  Draxler yang mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika seri 2-2 dengan Montpellier manakala Kyriakos Papadopulous mengalami chicken pox. Pertahanan antarabangsa Jerman, Christoph Metzelder masih dalam keraguan selepas baru pulih dari kecederaan lutut.Arsenal dijangka akan menurunkan skuad yang sama ketika tewas 1-0 kepada Norwich hujung minggu lalu. Namun, kehadiran Koscielny dan Wilshere bakal menjadi pilihan di bangku simpanan. Sementara itu, kecederaan yang dialami oleh Oxlade-Chamberlain menyaksikan pemain muda Jerman berusia 17 tahun, Serge Gnabry diserap masuk ke dalam barisan pemain simpanan Arsenal.

Sementara itu, Huub Stevens pastinya meletakan harapan yang tinggi kepada penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu, Klass Jan-Huntelaar untuk merobek gawang Arsenal dengan dibantu oleh Jefferson Farfan, Ibrahim Afellay dan Lewis Holtby. Namun, Schalke dilihat mahu lebih bertahan dengan meletakan 2 defensive midfielder iaitu Hoger dan Roman Neustadler yang turut berperanan mengekang pergerakan Cazorla.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 25 Oktober 2012

Waktu : 2.45 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Jonas Errikson

Ramalan : Arsenal (2) vs Schalke 04 (1)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal tidak pernah tewas di gelanggang sendiri menentang pasukan bukan Liga Perdana Inggeris sejak tewas kepada Inter Milan pada 2003.
  • Schalke 04 hanya memenangi sekali dalam 8 perlawanan terakhir menentang kelab Inggeris dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di mana kali terakhir memenangi perlawanan ketika menewaskan Arsenal 3-1 pada September 2001.
  • Arsenal cuma tewas 2 kali dalan 43 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri sejak 2003.
  • Dalam 5 perlawanan terakhir menentang kelab Inggeris, Schalke 04 gagal menjaringkan sebarang gol.
  • Arsenal beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah selama 15 musim berturut-turut di belakang Manchester United (17) dan Real Madrid (16).
  • Schalke 04 berjaya memenangi 14 perlawanan dan kalah 4 kali dalam 25 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
  • Santi Cazorla merupakan pemain yang paling banyak di Eropah menjaringkan gol dari luar kotak penalti sejak Ogos 2011 dengan menjaringkan 9 gol.
  • Lukas Podolski berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
  • Ketiga-tiga gol terakhir Aaron Ramsey hadir pada minit ke-90.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply