[SERIA A] INTER MILAN BERJAYA ATASI AC MILAN

Di sebalik tumpuan peminat bola sepak kepada pertembungan El Clásico, saingan Seria turut menyajikan pertembungan menarik antara AC Milan dan Inter Milan di San Siro. Pertembungan derby Milan ini merupakan yang ke-157 antara kedua-dua pasukan berjiran ini. Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Inter Milan tetap unggul apabila menewaskan AC Milan 1-0 hasil jaringan pertahanan Argentina, Walter Samuel awal pagi kelmarin waktu Malaysia.

Pengurus Rossoneri, Massimiliano Allegri melakukan perubahan ketara di bahagian pertahanan dan mengekalkan barisan penyerang yang sama ketika menentang Zenit St Petersburg. Allegri meletakkan Philippe Mexès dan Mario Yepes bergandingan selaku pertahanan tengah sementara Daniele Bonera beraksi selaku bek kanan mengantikan Ignazio Abate. Posisi bek kiri pula diisi oleh Mattia De Sciglio mengantikan Luca Antonini.

Barisan hadapan Milan tiada perubahan dengan Riccardo Montolivo bergandingan dibahagian deep midfielder sementara Emanuelson, Stephan El Shaarawy dan Kevin-Prince Boateng. Bojan Krikic pula diletakan selaku center foward namun bakal bertukar-tukar posisi dengan El Shaarawy.

Sementara itu, di kem Inter pula Andre Stramaccioni menerapkan taktikal yang lebih bertahan dengan  dengan meletakan pemain pertahanan di bahagian tengah. Andrea Ranocchia, Walter Samuel, dan Juan diletakkan sebagai trio di bahagian pertahanan. Namun, Yuto Nagamoto dan Javier Zanetti yang merupakan pemain bek diletakkan di bahagian tengah bergandingan bersama Esteban Cambiasso serta Walter Gargano.

Perancang Brazil, Philippe Coutinho diberi peranan oleh pengurus Nerazzurri sebagai free role di posisi attacking midfield dengan Antonio Cassano bertindak sebagai poacher atau creator yang mencipta peluang buat Diego Milito yang memiliki sentuhan penyudah yang tepat yang cemerlang.

Perlawanan bermula perlahanan sebaik wisel permulaan dibunyikan.  Namun, berpunca dari sepakan percuma Esteban Cambiasso pada minit ke-4, Walter Samuel berjaya menanduk masuk gol selepas Christian Abiatti gagal menolak keluar bola dari kawasa bahaya. Diego Milito hampir mengandakan jaringan selepas berjaya memintas hantaran Abiatti namun percubaannya berjaya ditampan oleh Abiatti pada minit ke-7.

AC Milan lebih mendominasi perlawanan terutama menerusi Riccardo Montolivo dan Prince Boateng. Montolivo hampir menyamakan kedudukan untuk Rossoneri pada minit ke-15 namun sepakan percumanya sedikit tersasar. Pertahanan Milan, Mario Yepes turut melakukan percubaan namun membias kerana terkena pertahanan Inter pada minit ke-24. Percubaan Boateng pada minit ke-29 pula berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Inter, Samir Handanovic.

Perlawanan kembali rancak sebaik separuh masa kedua bersambung. Namun, skuad Nerazzurri ekoran Yuto Nagamoto diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-48. Montolivo terus hampa apabila percubaannya pada minit ke-53 gagal menggegar gawang Inter. Rembatan cantik Montolivo dari jarak 30 ela pada minit ke-64 sekali lagi berjaya dihalang oleh Handanovic.

Pengurus Milan, Allegri memasukkan Giampaolo Pazzini mengantikan Stephan El Shaarawy pada minit ke-71 berjaya menambah sengat di bahagian serangan Milan dan hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-75.

Milan terus kecewa apabila dinafikan sepakan penalti selepas Pazzini dikasari Samuel dalam kotak penalti pada minit ke-82. Kedudukan 0-1 ini kekal hinggal ke wisel penamat sekaligus berjaya melonjak Inter ke kedudukan ke-5 liga sementara Milan pula terperosok di kedudukan ke-11.

This entry was posted in Seria A and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply