[PRESPEKTIF] KAMI HARUS BERTAHAN SEBAGAI SATU PASUKAN – ARTETA

Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan bahawa pertahanan The Gunners tidak seharusnya dipersalahkan selepas kekalahan kepada Chelsea di Emirates Sabtu lalu. Terdahulu, barisan pertahanan Arsenal dikritik selepas membenarkan pasukan pelawat memperolehi dua gol menerusi set-piece sekaligus menghadirkan kekalahan pertama Arsenal musim ini selepas 6 perlawanan liga.

“Sukar untuk diterima tetapi kami melepaskan 3 menerusi set-piece dalam 2 perlawanan terakhir,” kata Mikel Arteta.

“Saya tidak fikir sesuatu perlu dilakukan terhadap barisan pertahanan. Ia mengenai kebolehan bertahan setiap individu apabila sepakan percuma atau sepakan sudut. Kami gagal bertahan dengan baik (menentang Chelsea) dan melepaskan dua gol yang mengubah situasi perlawanan.”

“Semua permain harus bertanggungjawap. Anda tidak boleh menyalahkan seseorang pemain sahaja. Kami seharusnya menghalangnya lebih awal dan tidak membenarkan pemain-pemain Chelsea menghampiri kotak penalti.”

Ekoran kekalahan Sabtu lalu, Arteta mengakui masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Arsenal untuk mengukuhkan pasukan pada permulaan musim ini dan pastinya arsenal akan kembali bangkit menentang Olympiakos pada Rabu ini.

“Saya rasa kami bermain lebih baik berbanding Chelsea sepanjang 90 minit dan ia sangat positif. Tetapi jelasnya kekalahan semalama (kelmarin), yang pertama musim ini sangat menyakitkan.”

“Kami akan bangkit kerana menyedari sangat penting untuk memperolehi 3 mata dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah,” kata Arteta lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply