[PERSPEKTIF] WILSHERE BERTERIMA KASIH KEPADA STAF PERUBATAN

Kepulangan pemain muda sensasi Arsenal, Jack Wilshere diiringi dengan kejayaan Arsenal menewaskan Queens Park Rangers 1-0 di Stadium Emirates hujung minggu lalu. Pemain tengah Arsenal itu terlepas aksi sepanjang musim 2011/12 selepas mengalami kecederaan buku lali dan lutut dan beraksi bersama Arsenal selama 62 minit ketika menentang QPR.

Pemain berusia 21 tahun menghamburkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada staf-staf perubatan dan rakan sepasukan yang membantunya kembali ke dalam skuad utama Arsenal dengan berkata, “Saya mahu berterima kasih kepada staf perubatan, Declan Lynch (fisioterapi skuad utama Arsenal) dan Colin Lewis.”

Jack-Wilshere-thanks-to-Arsenal-medical-staff“Apabila anda kembali mejalani latihan di padang setelah beberapa tidak melakukannya terutama apabila melihat pemain-pemain lain menjalani latihan. Tetapi ini adalah kepulangan yang hebat dan saya akan berusaha untuk memberikan lebih lagi (untuk Arsenal).

“Declan (Lynch) datang kepada saya Jun lalu ketika saya hampir putus asa dan dia membantu saya. Ia bukan sekadar pemulihan, tetapi membina semangat saya dan dia banyak membantu.”

Jack Wilshere menjadi agen perubahan kepada skuad Arsenal seperti yang dilakukan oleh Cesc Fabregas dan Samir Nasri untuk memacu prestasi Arsenal. Kini, pemain berusia 21 tahun itu dilihat calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua-dua pemain itu.

“Kali terakhir saya bermain dalam Liga Perdana Inggeris, saya bermain bersama Fabregas, Song dan Nasri. Mereka telah meninggalkan dan saya memiliki rakan-rakan sepasukan yang baru,” kata pemain antarabangsa England itu.

“Mikel Arteta seorang pemimpin yang baik di atas dan di luar padang di mana dia banyak bercakap mengenai perlawanan. Saya berterima kasih kepada semua pemain yang membantu saya kembali beraksi dalam skuad Arsenal.”

“Menjadi impian bagi mana-mana pemain tengah untuk menjadi penghubung dengan jentera serangan. Walaupun bagi perkara-perkara kecil seperti hantaran pendek dan mereka berjaya menerimanya dan beraksi dengan baik,” kata Jack Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply