[PERSPEKTIF] WENGER TIDAK MUNGKIN MELAKUKAN PEMBELIAN BESAR JANUARI NANTI

Lagenda Arsenal, Frank McLintock mengakui ketika ini dirinya tidak yakin bahawa pengurus Arsenal akan melakukan pembelian hebat pada jendela perpindahan Januari nanti. Bekas kapten Arsenal yang pernah menjulang kejuaraan berganda bersama The Gunners pada musim 1970/71 ini meragui jika Wenger menghabiskan dana yang besar itu untuk seorang pemain bagi mengukuhkan skuad.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Arsene Wenger diberi dana bernilai £35 juta untuk digunakan bagi membawa masuk penyerang hebat ke Emirates dan khabar angin ini jelas meragukan McLintock. Bekas pemain Arsenal berusia 72 tahun itu mengakui Wenger bukanlah seorang pengurus yang akan melakukan pembelian seperti itu.

“Segalanya tampak bagus buat Arsenal kini,” kata Franck McLintock.

“Terdapat khabar angin beberapa hari lalu bahawa (Arsene) Wenger yang mempunyai dana berjumlah £35 juta untuk membeli seorang penyerang tetapi saya rasa dia tidak akan melakukannya.”

“Dia (Wenger) akan terkena serangan jantung sebelum melakukan pembelian tersebut,” kata McLintock lagi dengan nada bergurau.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply