[PERSPEKTIF] VITO MANNONE MAHU TERUS KEKAL DI ARSENAL

Vito Mannone menafikan dakwaan bahawa dirinya mahu kembali ke Itali sebaliknya mahu fokus dengan pelan jangka masa panjang bersama Arsenal. Penjaga gol berusia 24 tahun itu menampilkan aksi yang mantap dalam 7 perlawanan musim ini ekoran kecederaan yang dialami oleh penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny.

Mannone berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 2 perlawanan ketika menentang Stoke City dan Liverpool dikaitkan dengan perpindahan ke negara kelahirannya. Musim lalu, Mannone cemerlang menghabiskan tempoh pinjaman bersama Hull City dan berjaya meleburkan rekod 104 sejarah kelab Hull City apabila tidak bolos paling lama selama 9 jam 44 minit.

“Saya mahu menjelaskannya kerana terdapat khabar angin yang tidak berasas. Kontrak saya tidak tamat dalam tempoh 12 bulan,” kata Mannone ketika ditemubual oleh Arsenal Player.

“Saya berada di sini selama beberapa tahun dan gembira menjadi sebahagian daripada skuad Arsenal kini.”

“Saya mahu kekal di Arsenal selama mungkin, saya tidak mahu berpindah ke mana-mana kelab.”

Mannone yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Itali B-21 namun belum lagi mendapat tempat dalam skuad utama Itali setakat ini. Namun, Mannone mengakui dia bercita-cita untuk bermain untuk negaranya.

“Jelasnya, menjadi impian setiap pemain untuk bermain bersama negaranya dan saya berharap dapat menyertai skuad senior Itali suatu hari nanti,” kata penjaga gol berusia 24 tahun itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply