[PERSPEKTIF] SERGE GNABRY MEMILIKI BAKAT DAN PERSONALITI

Arsène Wenger mengakui Serge Gnabry mempunyai semua ciri-ciri untuk menjadi pemain utama Arsenal namun pemain berusia 17 tahun itu perlu berusaha lebih gigih untuk terus belajar. Gnabry memulakan karier awal bersama VfB Stuttgard sebelum berhijrah ke Arsenal pada 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £100,000 ketika berusia 16 tahun.

Pemain muda kelahiran Jerman itu melakukan 3 kemunculan bersama skuad utama Arsenal musim ini dan menjadi pemain Arsenal kedua termuda yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah ketika masuk mengantikan Carl Jenkinson ketika menentang Schalke 04 awal pagi Rabu lalu.

Wenger melihat potensi besar yang dimiliki oleh Gnabry dan yakin dengan kemampuan pemain muda Jerman berbakat besar untuk melebarkan karier bola sepaknya.

“Dia (Gnabry) berusia 17 tahun dan memiliki bakat yang luar biasa,”kata Arsène Wenger.

“Seperti kebanyakan pemain berusia 17 tahun tidak mudah mencapai tahap ini tetapi bakat dan personalitinya membawanya ke tahap ini.”

“Seperti pemain lain yang masih lagi belajar – di mana di peringkat ini mereka perlu menguasai semua aspek permainan menjadi pemain bola sepak tetapi anda boleh melihat dia (Gnabry) mempunyai bakat untuk membina karier bola sepak yang baik,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Serge Gnabry dilahirkan di Stuttgard, Jerman merupakan pemain berdarah campuran Ivory Coast (bapa) dan German (ibu) menjadi tonggak skuad Jerman B16 dan B-17. Gnabry bermula sebagai seorang pelari pecut sebelum terpaksa memiliki samada menjadi pemai bola sepak atau sprinter.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply